CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 30 Tahun Tanpa Pembangunan Di Kelantan, Gen Z Desak 3 Perubahan Utama Atau 'Tukar' Kerajaan Lain!

5-7-2023 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2908| Komen: 61

Rata-rata masyarakat sudah tampil dengan isu dan masalah berbangkit di negeri masing-masing sempena menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka bakal berlangsung pada penghujung Ogos nanti.


Antara yang paling ketara adalah di Kelantan dengan penduduk di negeri Pantai Timur itu menggesa beberapa perubahan serta pembangunan moden daripada kerajaan.

Situasi itu bertitik tolak daripada isu kesesakan jalan raya yang berlaku pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini dengan hampir kesemua rakyat di Kelantan meluahkan masalah sama iaitu laluan jalan raya sempit dan berlubang yang mengundang kemarahan terutamanya di musim perayaan.

Foto: Awani

Kelantan yang dikatakan masih kekurangan infrastruktur dan kemudahan laluan lebuh raya seperti di negeri-negeri lain, amat memerlukan perubahan dari segi kemajuan dan pemodenan dari sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin terhadap nasib rakyat.


Warganet, khususnya generasi muda di laman media sosial menggesa beberapa penambahbaikan menjelang PRN kelak dengan tiga perkara di bawah menjadi bualan hangat dalam kalangan penduduk Kelantan.


1. Kemudahan jalan raya

Musim perayaan dan percutian merupakan antara detik yang paling kritikal bagi warga Kelantan dengan kesesakan jalan raya sememangnya sudah menjadi kelaziman buat penduduk di situ.

Laluan di kawasan pedalaman yang kurang diselenggara, berlubang dan tidak rata mendorong pemandu di kawasan itu menghabiskan masa lama di atas jalan dengan beberapa pihak turut mendakwa mengalami kerosakan kereta.

Malah, hentian stesen minyak yang terhad juga menjadi punca permasalahan tersebut dengan ketiadaan pam angin tayar kereta dan tempat berhenti rehat merupakan keutamaan utama bagi si pemandu.

2. Peluang pekerjaan/gaji berpatutan

Kekurangan peluang kerja menjadi masalah utama bagi golongan pelajar yang mahu melanjutkan ke alam pekerjaan dengan isu lambakan graduan dari negeri Kelantan juga amat membimbangkan sesetengah penduduk di situ.

Akibatnya, kesemua graduan universiti khususnya terpaksa berhijrah ke negeri luar bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin dan bersesuaian dengan tahap kelulusan pelajaran diperoleh.

Dalam pada itu, kadar gaji yang kurang berpatutan juga perlu diatasi oleh pihak kerajaan agar masyarakat lebih stabil dari segi perbelanjaan dan kos sara hidup yang semakin meningkat naik ketika ini.

3. Penyelesaian isu air karat

Isu air di Kelantan kian berlarutan sejak bertahun lamanya dan sehingga kini, ia masih belum dapat diselesaikan oleh mana-mana pihak.

Air karat, berbau dan terputus di sesetengah kawasan pedalaman Kelantan mengakibatkan ramai penduduk mula berpaling tadah dengan kerajaan PAS yang telah lama memegang tampuk kepimpinan melebihi 30 tahun di negeri itu.

Tidak dinafikan, ada beberapa usaha dijalankan oleh pihak berwajib berhubung hal itu, namun ia dianggap sebagai isu 'bermusim' yang kerap berlaku dan sekali gus mengundang kemarahan rakyat.

Tidak mengharapkan sebarang perubahan drastik, namun penduduk rata-ratanya mahukan penambahbaikan serta bantuan segera daripada pihak berwajib berhubung ketiga-tiga isu di atas.

Dengan penyelesaian masalah terbabit, nescaya ia mampu mengembalikan kepercayaan generasi muda di Kelantan terhadap PAS sekali gus mengekalkan penguasaan parti itu di Kelantan pada PRN nanti.  -CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 5-7-2023 07:04 PM
mu kecek supooo musuh isleeee
Quote jejaka_hensem 5-7-2023 07:08 PM
Mu pilih pembangunan ke isle?
Quote pokokmeranti 5-7-2023 07:14 PM
Kesusahan di dunia adalah ganjaran syurga di akhirat selagi mana mu pertahankan kepimpinan ulama.
Quote kitmal 5-7-2023 08:09 PM
upkan balik supaya tak ghaib
Quote kitmal 5-7-2023 08:14 PM
mimpiiiiiiiii lah Geng Z ooiii..kecek boleh...Pas parti isle...
Quote kelapaparut 5-7-2023 08:18 PM
biar la miskin melarat kat situ, you are all worth it! nak merdeka dr malaysia pun boleh
Quote Belibis 5-7-2023 08:42 PM
Ha ha..apa perubahan besar lepas madanon jadi pm?? Sapa pun jadi pemerintah,gitu jugak la hasilnya..yang bertambah kaya anak beranak dia je.
Quote Lagubestbest 5-7-2023 08:50 PM
Edited by Lagubestbest at 5-7-2023 08:52 PM

masalah sbb kb tu tempat orang g keje kemudian balik ceruk kampung malam2 kb jadi bandar lengang sangat customer tak cukup. buat mall baru customer semua g sana, mall lama terus sendu. plan buat condo berderet tapi sales satu blok pun tak boleh go.
Quote CiliPadiSedap 5-7-2023 08:51 PM
Ni perang saraf madanon.
Quote orkid_amani 5-7-2023 08:55 PM
Skg ni kiranya kedudukan bangnon mmg tak selamat laa yaa.
Quote sharlenetexas 5-7-2023 09:01 PM
Lagubestbest replied at 5-7-2023 08:50 PM
masalah sbb kb tu tempat orang g keje kemudian balik ceruk kampung malam2 kb jadi bandar lengang san ...

Budak2 duk tumpang ootd kat tijani raja dewa.
Platinum mall tu tak taulah ada penghuni ke tak.

Quote Thunderclouds 5-7-2023 10:00 PM
Xsey isley doh ko???

Quote OshinDaSolja 5-7-2023 10:37 PM
better keluar je lah dari Malaysia klau assobiyah sgt dan asyik2 nk fanatik Isle kehulu kehilir...tubuhkan satu negara islam sendiri dan buat la apa ko nk buat mcm taliban tu...meluat dh dgr isu2 basi mcm ni... ulang2 smpai abang jamil mampos pun tak selesai2
Quote bakingsoda 5-7-2023 10:51 PM
sharlenetexas replied at 5-7-2023 09:01 PM
Budak2 duk tumpang ootd kat tijani raja dewa.
Platinum mall tu tak taulah ada penghuni ke tak.


hari tu dgr uitm plan nak beli platinum mall buat kampus
Quote bakingsoda 5-7-2023 10:55 PM
sbb tu la sampai bila2 pon tetap mundur kalau gen sunat laser ni expect lobai akan berubah, sah2 kalau mat yakob undur diri nik amar la yg naik BODOH. boleh la dia upgrade "ambo minum air lago molek2 buleh jd exco" kepada b"molek2 buleh jd mb"
Quote gekkou 5-7-2023 10:55 PM
undilah lagi lebai
lepas tu sentap bila kena kutuk


Quote sharlenetexas 5-7-2023 10:55 PM
OshinDaSolja replied at 5-7-2023 10:37 PM
better keluar je lah dari Malaysia klau assobiyah sgt dan asyik2 nk fanatik Isle kehulu kehilir...tu ...

Kel, J, Sab.


Quote naina 5-7-2023 11:03 PM
Memang terpaling takda pembangunan pun. Bayangkanlah perjalanan dari KB-k.krai patut sejam setengah ke 2 jam je. Tapi sebab jem jadi 6 jem. Cilaka betol. Plak tu jalan ntah apa2 betol2 kampung takda alternatif. Anak2 sampai nak terkencing susah. Kesian betoi yang dari KB nak naik KL.
KB-Gua Musang pun dah makan setengah hari. Gila. Buang masa,buang tenaga dan duit. Semoga pemimpin2 pas termakan sumpahan rakyat. Cukup menyusahkan.
Quote naina 5-7-2023 11:06 PM
Kalau tak sebab kenduri adik beradik memang tak hingin turun KB. Paling bongok sekali adalah tong sampah' letak tepi2 jalan utama. Tak ke melimpah ruah mencacatkan pandangan mata. Letaklah jalan sorok ckit. Beberapa tempat aku perasan cmtuu. Haihlaa..wajib uols tukar kerajaan.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.082104 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top