CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Bahagia 5 Minit, Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Selepas Diijabkabul

5-7-2023 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 963| Komen: 4

Seorang lelaki hanya sempat menjadi suami selama 5 minit apabila isterinya meninggal dunia selepas diijabkabulkan. 

Liputan 6 melaporkan kisah sedih itu dimuat naik dalam akaun Instagram @viralyes. 



IG

Dalam video tersebut, sebuah van jenazah tiba di pekarangan rumah pengantin perempuan untuk membawa mayat wanita itu ke Hospital Mohammad Hoesin di Palembang.

Halaman rumah tersebut sudah disediakan khemah dan kerusi untuk tetamu. Namun, kelihatan beberapa lelaki bekerjasama membantu van jenazah masuk ke bawah khemah. 

“Perkahwinan yang pada awalnya penuh kebahagiaan bertukar duka. Selepas 5 minit ijab kabul, pengantin perempuan menghembuskan nafas terakhir,” tulis akaun tersebut.



Pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat keletihan dan hipertensi semasa perarakan perkahwinan. Dia didakwa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 5-7-2023 07:22 PM
Rasanya dh byk kali dgr kes gini kat indon..buat majlis kawin all out sampai mati..
Quote mejaputih 5-7-2023 08:11 PM
tak berbaloinya sampai hilang nyawa...they should kurangkan adat ni...
Quote green~tea 5-7-2023 08:34 PM
Mmg ada penyakit undiagnosed kot... jd asbab je letih majlis
Quote imransulaiman 5-7-2023 11:10 PM
mejaputih: tak berbaloinya sampai hilang  ...


Bukan mereka sahaja. Kat mana-mana kawin pun perlu berpada dan ala kadar. Buat yang wajib saja.

Tapi tu lah...siapa kita nak menghalang...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052040 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top