Putrajaya: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan dua wanita warga China yang terbabit kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lalu, sudah diambil keterangan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, mereka antara 14 individu yang diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah pegawai imigresen. "Selain menteri, wanita warga China dan rakannya, kita (SPRM) turut merakam keterangan lapan pegawai imigresen serta pengarah syarikat menguruskan NTL (warga asing ditolak kemasukan). "Sekarang kita sedang mengesan ejen yang dikatakan meminta wang RM18,000 daripada warga asing terbabit," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di sini, hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti ejen berkenaan yang disyaki warga asing berdasarkan bahasa digunakan dan mengeluarkan waran tangkap bagi menahannya.
"Berdasarkan siasatan awal, ejen itu menguruskan pembelian tiket penerbangan dan mengenakan caj pengurusan. "Malangnya kita masih gagal mendapatkan ejen itu. Kita sedang kesannya bagi mengetahui apakah bentuk wang dikatakan diminta itu. Dua wanita warga China itu juga sudah pulang ke negara asal sebaik selesai dirakam keterangan. "Siasatan juga mendapati ejen itu mempunyai kaitan dengan syarikat NTL yang beroperasi di KLIA sejak 2017. Syarikat terbabit dipercayai dilantik oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)," katanya. Beliau berkata, pihaknya dijangka memanggil beberapa lagi saksi termasuk MAHB dan pegawai imigresen bagi melengkapkan siasatan itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
krustykrab replied at 5-7-2023 06:49 PM
Kalau terbukti kakitangan imigresen tk terlibat, pihak imi patut saman tok tiong sb dah fitnah ambi ...
Perwira2022 replied at 5-7-2023 06:52 PM
Maunya PMX guris kan perasaan menteri Cina gemok tu.... Tak pasal2 jadi XPM
Skuau replied at 5-7-2023 08:51 PM
Awat antar pulang??? Dokumen memang tak lengkap ke apa???
"Sekarang kita sedang mengesan ejen yang dikatakan meminta wang RM18,000 daripada warga asing terbabit," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di sini, hari ini.
krustykrab replied at 5-7-2023 06:49 PM
Kalau terbukti kakitangan imigresen tk terlibat, pihak imi patut saman tok tiong sb dah fitnah ambi ...
"Malangnya kita masih gagal mendapatkan ejen itu. Kita sedang kesannya bagi mengetahui apakah bentuk wang dikatakan diminta itu. Dua wanita warga China itu juga sudah pulang ke negara asal sebaik selesai dirakam keterangan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti ejen berkenaan yang disyaki warga asing berdasarkan bahasa digunakan dan mengeluarkan waran tangkap bagi menahannya.
Nham22 replied at 5-7-2023 08:53 PM
Yaa tak de tiket balik..
brego replied at 5-7-2023 09:47 PM
betoi, kasi samannn
juga elok demand si gemok ni letak jawatan,
krustykrab: Kalau terbukti kakitangan imig ...
ADVERTISEMENT