CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Diserbu Perhilitan, Jual Hidangan Katak Demam

5-7-2023 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1834| Komen: 33

Kuala Lumpur: Spesies katak demam yang juga hidupan liar dilindungi menjadi buruan dan mendapat permintaan tinggi restoran di negara ini untuk memenuhi selera pelik peminatnya.

Spesies katak gergasi yang boleh mencapai berat satu kilogram itu dikesan dijual mencecah ratusan ringgit di restoran yang menyajikan hidangan eksotik.


Foto: Harian Metro

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, walaupun menyedari aktiviti memburu dan menjualnya dilarang namun haiwan amfibia itu masih dipasarkan secara haram.

Terbaharu, pihak Perhilitan bertindak melakukan operasi dan rampasan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 6/2023 Zon Tengah di Bentong, Pahang pada jam 5 petang, kelmarin.

Beliau berkata, sembilan pegawai Perhilitan bertindak melakukan pemeriksaan di sebuah restoran di Bentong, Pahang, susulan risikan dilakukan.


"Seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an disoal siasat sebelum pegawai Perhilitan menemui 16 ekor spesies katak demam disimpan di dalam bakul plastik.

"Pemeriksaan lanjut di dapur premis menemui 16 ekor lagi katak demam serta seekor labi-labi diletakkan di dalam baldi plastik," katanya.

Abdul Kadir percaya, katak demam dan labi-labi itu dijual sebagai hidangan eksotik di restoran makanan laut berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk menyimpan kesemua hidupan liar itu.

"Susulan itu semua haiwan liar dilindungi itu dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 5-7-2023 06:39 PM
Ayaaaa..apekkk makan babi sudah laa jgn makan katak.. dah la nama katak demam kang demam la selsema la pastu lockdown dunia
Quote Perwira2022 5-7-2023 06:50 PM
Makan babi selsema dah la apek.... Babi terpaling sedap tau.
Quote krustykrab 5-7-2023 06:51 PM
Pelik² betul selera org cina ni.
Quote Kitty_catz 5-7-2023 06:54 PM
mak meols kata katak rasa cam ayammmm
Quote Perawankota 5-7-2023 07:42 PM
Dekat jalan Ipoh ada satu restoran Frog Porridge… Ramai jer org malam2 kt situ sebelum ni.. Skang ni tak tau lah bukak lg ke tak
Quote rayray28 5-7-2023 07:44 PM
Eeeee tgk peti ais dia pn dh geli..dorg ni tekaknya mmg laa kan xkira apa semua bedal
Quote otai_g 5-7-2023 08:16 PM
JunkMail replied at 5-7-2023 06:39 PM
Ayaaaa..apekkk makan babi sudah laa jgn makan katak.. dah la nama katak demam kang demam la selsema  ...

Bukan apek tu yg nak makan katak tu, customer dia yg nak makan da.
Quote kepompong 5-7-2023 08:25 PM
Kitty_catz replied at 5-7-2023 06:54 PM
mak meols kata katak rasa cam ayammmm

kalau camtu baik makan je la ayam tu. senang nak cari & tkde kena tindakan undang2
Quote kepompong 5-7-2023 08:25 PM
Perawankota replied at 5-7-2023 07:42 PM
Dekat jalan Ipoh ada satu restoran Frog Porridge… Ramai jer org malam2 kt situ sebelum ni.. Skang n ...

kat jb restoran jual frog porridge bersepah2
Quote antikorok 5-7-2023 08:40 PM
Ummah PRC pelahap haiwan eksotik kelawar dan musang civet tersenyum sinisss sambil gelak aja melihat wannabe tanah ayer sambil berkata apa kelassd kedarah katak sambil fefeling kebangga makan semua benda dalam donia yinni "See my level" ha gaytoh!
Quote Belibis 5-7-2023 08:44 PM
krustykrab replied at 5-7-2023 06:51 PM
Pelik² betul selera org cina ni.

Sebab tu perangai pun pelik..
Quote slyfynx 5-7-2023 08:52 PM


Katak Demam.
Sumber : HMetro
Quote Zeatyisaac 5-7-2023 08:58 PM
kepompong replied at 5-7-2023 08:25 PM
kat jb restoran jual frog porridge bersepah2

Mungkin katak biasa macam katak kuning atau hijau tu dibolehkan. Katak demam ni mungkin dibawah perlindungan pihak perhilitan, haiwan terpelihara kot, yang hampir pupus. Mungkinlah kot.
Quote kepompong 5-7-2023 10:39 PM
Zeatyisaac replied at 5-7-2023 08:58 PM
Mungkin katak biasa macam katak kuning atau hijau tu dibolehkan. Katak demam ni mungkin dibawah pe ...

kalau tak silap katak utk frog porridge tu import dari taiwan ke china entah. warna hitam daging nya tu


mmg ada bbrp spesis katak terancam & ada kat malaysia je. ada pulak lah pemangsa ye
Quote TomyamPuteh 5-7-2023 10:44 PM
Sepet, sepet....
Quote OshinDaSolja 5-7-2023 11:04 PM
Edited by OshinDaSolja at 5-7-2023 11:13 PM

jijikz dengan puak2 tak basuh berak ni... dh la busuk mcm babi... semua binatang kotor dia nk mkan, babi, katak, biawak, kelawar... tp acah dia pling civilized dkt Malaysia ni...
Quote _blackbird 6-7-2023 12:04 AM
Kitty_catz replied at 5-7-2023 06:54 PM
mak meols kata katak rasa cam ayammmm

Yap. Lebih halus dan manis dari ayam
Quote nad014 6-7-2023 07:35 AM
bangsa makan apa sahaja yg bergerak , dan berkaki , kalau batu dgn kayu ada kaki , memang dorang akan makan jugak...
Quote venom1 6-7-2023 07:41 AM
nad014 replied at 6-7-2023 07:35 AM
bangsa makan apa sahaja yg bergerak , dan berkaki , kalau batu dgn kayu ada kaki , memang dorang aka ...

kalau boleh manusia pun dia makan..ada yg kata daging manusia ni macam daging khinzir

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.240650 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top