CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Diugut Nak Dihantar Pulang, Pembantu Rumah Tikam Ibu Mentua Majikan 26 Kali

5-7-2023 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1179| Komen: 7

SINGAPURA – Seorang pembantu rumah warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas dia didapati bersalah menikam ibu mentua majikannya sebanyak 26 kali pada 2018.

Mothership melaporkan Zin Mar Nwe, menikam wanita berusia 70 tahun itu selepas mangsa mengugut untuk menghantarnya kembali kepada kepada ejen pembantu rumah.


Walaupun umur Mar Nwe pada pasportnya ditulis berusia 23 tahun ketika dia tiba di Singapura pada 2018, ujian imbasan sinar X bone age mendapati dia berusia 17 tahun ketika jenayah tersebut berlaku.

Foto: TNP

Siasatan mendedahkan bahawa ejennya telah mengarahkan Mar Nwe untuk mengisytiharkan umurnya sebagai 23 tahun.

Memandangkan umurnya di bawah 18 tahun semasa kesalahan itu dilakukan, hukuman yang boleh dijatuhkan hanyalah penjara seumur hidup, dan bukannya hukuman mati.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan telah memukul Mar Nwe dan mengugut mahu menghantarnya kepada ejen keesokan hari. 


Akibat berang, tertuduh mengambil pisau dan mendekati mangsa yang sedang menonton televisyen sebelum menikamnya sebanyak 26 kali.

Dia ditahan ketika mengunjungi agensi pembantu rumah untuk mendapatkan pasport miliknya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 5-7-2023 06:31 PM
Meanwhile di malaysia dah start pemansuhan  hukuman mati mandatori kan?
Quote Kitty_catz 5-7-2023 07:00 PM
adik ipo meols penah amek sorang warge myanmar ni.. 1st & last

kut org kedah ckp.. ketegaqqqq namampuih, lepas tu kuat melawan

even sebelum nak balik tu pun dia buat bodo dlm bilik, tak keluar tak makan, lepas tu melawan khemain, siap jeling2 biiik mata
Quote intan244 6-7-2023 03:04 AM
meols rasa dia x menyesal.
Quote rosedemon 6-7-2023 08:54 AM
woahhhh hati kering ni. yg si mak mntua tu pon mulut msti cam longkang
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:22 AM
Kitty_catz replied at 5-7-2023 07:00 PM
adik ipo meols penah amek sorang warge myanmar ni.. 1st & last

kut org kedah ckp.. ketegaqqqq namam ...

bukan main ehhh tunjuk belang buat prngai dktt tmpt org. klu aku suka ambil orang timor ni bekerja. drg rajin.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:22 AM
berani btl dkt negara org lagi
Quote Kitty_catz 1-8-2023 01:07 PM
chiyoasuka replied at 1-8-2023 07:22 AM
bukan main ehhh tunjuk belang buat prngai dktt tmpt org. klu aku suka ambil orang timor ni bekerja ...

yaa betoiii sangat... elok la kena anto balik...


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054970 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top