CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Lelaki Diburu! Konon Beli Rokok, Rupa-Rupanya Nak Ragut Rantai Emas

5-7-2023 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 366| Komen: 2

SHAH ALAM – Tiga lelaki diburu selepas meragut rantai leher ketika menyamar sebagai pelanggan kononnya nak membeli rokok dalam kejadian di kawasan perumahan Bukit Kemuning.

Aksi jenayah dilakukan kesemua suspek berusia 20 hingga 30an tersebut tular menerusi video berdurasi seminit di aplikasi TikTok.


Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berdasarkan siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 10.29 pagi ketika ketiga-tiga suspek menaiki dua buah motosikal telah ke rumah mangsa berusia 67 tahun dengan berpura-pura untuk membeli rokok.



“Ketika diminta untuk menukar dengan jenis rokok yang lain, salah seorang suspek meluru ke arah mangsa dan meragut rantai leher yang dipakai serta terus melarikan diri.

“Mangsa cuba menahan saspek dengan menarik baju namun gagal dan telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di lengan, lutut dan kaki kerana terjatuh akibat diseret oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru, Ramsay menegaskan usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat sedang digiat dilakukan pihaknya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand ditalian 03-55202222 bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 5-7-2023 06:53 PM
Beli rokok kat rumah mangsa?
Quote rosedemon 6-7-2023 08:53 AM
knp bli rokok kat rumah?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.032460 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top