CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasukan Pengawal Timbalan Presiden Belasah Lelaki Sampai 'Kaku'

5-7-2023 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 359| Komen: 0

Seorang lelaki diheret keluar dari keretanya sebelum kepalanya dipijak sekumpulan anggota bersenjata berpakaian biasa yang ditugaskan untuk melindungi Timbalan Presiden Afrika Selatan, Paul Mashatile.


Sebuah rakaman tular menunjukkan kira-kira tujuh anggota dengan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka menendang dan menghentak lelaki berkenaan sehingga mangsa tidak bergerak, manakala dua lagi dilihat memegang raifal mereka.


Twitter/@Abramjee

Video serangan itu dipercayai dirakam seseorang yang duduk di dalam kereta lain tetapi tidak terlibat dalam kejadian tersebut. Ia disiarkan di platform mikroblogging.

Semalam, Pejabat Timbalan Presiden mengesahkan bahawa kumpulan anggota terbabit adalah sebahagian daripada pasukan keselamatan yang melindungi Mashatile.

Kenyataan tersebut menyebut bahawa insiden itu berlaku di Johannesburg pada hujung minggu lalu.


Menurut laporan, anggota-anggota yang terlibat dalam insiden itu adalah daripada Briged Cahaya Biru dan terkenal di Afrika Selatan kerana mempunyai reputasi menggunakan kekerasan.



Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) berkata bahawa pihaknya akan mengambil keterangan mereka sebagai sebahagian daripada siasatan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.073592 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top