CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haiza Sanggup Buat Gaya Rambut Pelik Dan Aneh Semata-Mata Nak Glamour Dan Bagi Orang Ingat

5-7-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2500| Komen: 21

Haiza Hanafi tampil berkongsi perjalanannya sebagai anak seni.

Biarpun sudah 28 tahun dalam industri seni hiburan tanah air, Haiza mengakui perjalanan anak seni suatu ketika dahulu tidaklah semudah yang dilalui oleh pendatang baharu sekarang.


Foto: IG

Dia perlu melalui beberapa proses yang sangat panjang sebelum menjadi seorang penyanyi menerusi pelbagai pertandingan dan uji bakat.

“Orang tak tahu perjalanan kita untuk sampai ke tahap ini macam sekarang ni pun saya bukannya di tahap yang berjaya atau hebat mana tapi selesa.


“Kalau nak bezakan perjalanan setiap orang yang nak bergelar anak seni dulu tu sangat beza macam langit dengan bumi.

“Saya dulu bukan terus jadi penyanyi. Saya banyak join pertandingan di kampung. Dulu, kita kena pergi audition kalau nak jadi artis,” katanya kepada XTRA.


Mengakui nyanyian hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang dan minat, Haiza menyatakan dirinya tidak sangka rezeki menyebelahinya apabila dirinya dipanggil untuk menyertai uji bakat sekitar tahun 90-an itu.

“Disebabkan dulu saya selalu masuk pertandingan, suatu hari tu saya dapat panggilan telefon ni dari penyampai radio Johor FM, Allahyarham Ismail Ibrahim, dia suruh datang audition sebab ada syarikat ingin mencari penyanyi.

“Pada awalnya, saya tak nak sebab saya masih bersekolah. Bila bagitahu mak saya, dia izinkan dan kami pergi bersama. 


“Tu pun tak dapat. Tapi lepas tu Allahyarham Ruslan Mamat iaitu producer pertama saya, uji bakat saya  untuk menyanyikan lagu Amelina yang Rindu tu. 

“Masa tu pun saya dah dintai oleh syarikat poligram yang ada otai-otai bernama besar macam Datuk M.Nasir dan Alleycats,” jelasnya.

Demi identitinya dikenali ramai, pelantun lagu Dag Dig Dug ini sempat berkongsi bahawa dirinya sering tampil dengan imej rambut pelik dan unik suatu ketika dahulu.


“Bila dah bergelar anak seni pula untuk berada di tahap orang kenal pun susah. Orang tak tahu siapa saya. Tapi dulu saya dengan team syarikat rakaman yang sediakan sediakan juru solek, penata gaya untuk mencipta saya supaya bila keluar orang kenal.

“Dulu, saya terkenal dengan imej rambut. Bila sebut Haiza Dag Dig Dug je orang tahu macam-macam gaya rambut keluar. Saya bawa imej tu selama 3 tahun untuk dapat momentum tu.

“Bila kita keluar tak buat rambut, orang akan tanya sebab itulah imej yang saya bawa. Saya pernah tampil dengan gaya rambut ala menara KL, KLCC, sarang burung, siput dan banyak lagi sebab dulu mana ada media sosial.

“Dan, bagi saya, kalau nak berjaya bukan kena berharap pada PR kita sahaja bila berada di mana-mana acara. Diri sendiri pun kena ada skills untuk build connection supaya orang kenal kita dengan lebih mesra.

“Memang susah selagi tak masuk surat khabar ke TV memang orang tak kenal. Tapi sekarang kalau orang tak nampak kat media sosial kau takkan popular. Jadi cabaran kita sekarang untuk mengejar itu pula untuk kekal relevan,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-7-2023 06:06 PM
tetaplah orang tak ingat kau siapa nyah...
walaupun dah 28 tahun dalam industri kaka masih tak kenal ko siapa...

siapa yang kenal sheols sape di minta consult doktor pakar kulit esok yach untuk buat rawatan hilang kedut... takpun beli esteloder advanced night repair untuk titik kat muka tiap2 malam supaya tampak muda dan anjal...

Quote timah03 5-7-2023 06:25 PM
Suka dia dlm gv... Creative...
Quote rosedemon 6-7-2023 09:14 AM
who are yous???
Quote vanillaninja 6-7-2023 09:16 AM
Serious la acik2 forum tak kenal Haiza?
Quote hayrin86 6-7-2023 09:46 AM
Takyah la pelik-pelik Haiza.. Pakaian menjolok mata pun tak perlu pakai lagi..
Quote pembacagosip 6-7-2023 09:55 AM
haiza ni suara sedap....rezeki join GV terus dapat jadi DJ
Quote pembacagosip 6-7-2023 09:56 AM
vanillaninja replied at 6-7-2023 09:16 AM
Serious la acik2 forum tak kenal Haiza?

kan terpaling forumer ke
bbnu ke
komom haiza kut
menyerlah dalam GV 2 yg nana sendayan jadi juara tu
Quote SembangKari 6-7-2023 11:00 AM
Aku ok je bila dengar dia kat Kool 101 tu. Takde la macam cik ponti ngilai-ngilai ngan lawak tak semenggah. OK je Haiza ni.
Quote anilanil 6-7-2023 11:04 AM
Haiza ageing gracefully. No need estee lauder night repair retinol serum yachh..
Quote doubleharmonic 6-7-2023 11:10 AM
haiza dapat no 6 masa gv2 khensss walaupon nyanyi ok. faradiya yang nyanyi hauk sampai nek ketahian bising napa rendahkan key lagu kak melah boleh pulak dapat nombor 2 hapooo? tapi rezeki haiza dapat jadi dj yachhh
Quote beta_carotene 6-7-2023 11:44 AM
doubleharmonic replied at 6-7-2023 10:10 AM
haiza dapat no 6 masa gv2 khensss walaupon nyanyi ok. faradiya yang nyanyi hauk sampai nek ketahian  ...

siapa la yg enabler sheols pilih lagu ayai - puisi cinta tu utk final
so anti klimaks okeh.. busuk2 pun top 3 pttnya

apakan daya ezad dgn FD lbh strong fanbase walaupun FD nyanyi mcm tercekik daging korban

sory kakadude.. meols otw nk g cucuk serum anti penuaan..
Quote Suchi 6-7-2023 11:49 AM
Dia comel,Dulu jenis genit mcm baby shima tu
Pastu dia ni bknla tua sgt sbb masa jadi artis dia masih sekoloh
Quote Sazreena 6-7-2023 02:15 PM
Tetap tak wow dari dulu hingga kiniiii..
Quote cahaya_almas 6-7-2023 02:35 PM
Comel je dia..smpi skrg
Quote aammyy 6-7-2023 02:50 PM
Bila yg dia pakai braces? Dulu manis ada gigi taring
Quote cle256 12-8-2023 06:36 PM
artis kalau dah lama menyepi memang akan buat comeback dengan isu isu panas ya
Quote sleepandream 12-8-2023 06:57 PM
eh nok... suara haiza sedap okeh...
dia mcm suara dayang minus ek ek ek tu...
Quote wirazam 12-8-2023 07:05 PM
sleepandream replied at 12-8-2023 06:57 PM
eh nok... suara haiza sedap okeh...
dia mcm suara dayang minus ek ek ek tu...

Iyolah...
Biasa biasa je suaranya..xde X factor pun..
Better concentrate jadi DJ je sampai dpt trofi abpbh
Quote katakauu 12-8-2023 08:36 PM
die jadi dj ok dr ejadsinar yg ketawa mengilai memekak

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.122908 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top