CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cucu Bunuh Nenek Sebab Tak Dapat Duit Petrol RM13

5-7-2023 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 341| Komen: 1

Hanya kerana tidak diberi 100 baht (RM13.35) untuk membeli minyak petrol, seorang lelaki tergamak menikam mati neneknya.

Thaiger melaporkan, snggota polis bersama empat pemeriksa perubatan bergegas ke lokasi kejadian di daerah Mueang Khon Kaen di mana mereka menemui mayat Pao, 79.



Bilik di belakang rumah Pao dipenuhi botol alkohol. - Facebook

Bedah siasat mendapati mayat tersebut mempunyai beberapa kesan tikaman. Sebilah pisau dipercayai digunakan sebagai senjata untuk membunuh turut ditemui di singki dekat belakang rumah mangsa.

Polis juga menemui beberapa bahan bukti dari sebuah bilik berhampiran lokasi mayat Pao ditemui yang dipenuhi dengan perabot dan alkohol.

Suspek, Surawit, 28, sebelum itu menghilangkan diri dari lokasi kejadian sejurus selepas kes tersebut dilaporkan. Detektif dari balai polis tempatan kemudian menerima maklumat yang membawa mereka ke sebuah bangunan di pinggir bandar. 


Mereka menemui suspek yang kelihatan mabuk dan cuba melarikan diri. 

Ketika disoal siasat, Surawit memberitahu bahawa dia datang dari Bangkok untuk bekerja di Khon Kaen.

Dia mengaku berada dalam keadaan mabuk, dan apabila mendapati kenderaannya kehabisan minyak, dia meminta wang sebanyak 100 baht (RM13.35) daripada neneknya.

Oleh kerana tidak mendapat wang tersebut, Surawit menikam neneknya sebelum membuang mayat wanita itu di taman berdekatan rumahnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:41 AM
itulah sbbnya kenapa dlm islam arak itu haram!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.030795 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top