CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Perempuan 3 Tahun Lumpuh Akibat Kecuaian Hospital Kerajaan Menang Saman RM5.6 Juta

5-7-2023 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3362| Komen: 43

Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang lumpuh akibat kecuaian hospital, menang saman selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan defendan membayar pampasan RM5.6 juta.

Nur Adeena Mohd Syahmir yang dilahirkan pada 12 Mei 2020 melalui pembedahan Caesarean mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah.



Gambar hiasan

Kanak-kanak itu selaku plaintif melalui bapanya menfailkan saman kecuaian perubatan terhadap 19 defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia dan 18 pegawai perubatan yang bertugas di sebuah hospital kerajaan.

Akibat kecuaian itu, ketika ini, plaintif bergantung kepada ventilator dan juga dipasang trakeostomi (tebukan pada leher).

Berdasarkan dokumen diperoleh media, defendan pertama (kerajaan Malaysia) mengakui liabiliti pada 26 Julai 2022 menyebabkan plaintif menarik balik semua tuntutan terhadap defendan kedua hingga ke-19.


Perbicaraan diteruskan untuk penilaian ganti rugi dan berlangsung selama dua hari di mana plaintif memanggil dua saksi iaitu ibu plaintif dan saksi pakar Dr Kavitha manakala defendan pertama memanggil saksi pakar S Mohaneswari.

Siasatan mendapati pegawai perubatan yang bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.

Dalam keputusannya pada Isnin, Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, tiada jumlah wang yang dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu.

"Mahkamah berpandangan bahawa jumlah ganti rugi yang diberikan perlu sebagai pampasan untuk perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung oleh penjaga dalam menjaga plaintif yang kurang upaya," tambahnya.

Katanya, mahkamah mempertimbangkan keterangan daripada doktor pakar bahawa kanak-kanak itu berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun berdasarkan keadaannya.

Mahkamah memutuskan kanak-kanak itu berhak mendapat pampasan yang mencukupi sepanjang hayatnya.

Dalam penghakiman itu juga, mahkamah juga berpendapat plaintif berumur dua tahun perlu diberi pampasan yang mencukupi untuk menampung baki jangkaan hayatnya 21 tahun lagi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 5-7-2023 06:05 PM
heartbreaking nya dgr dpt hidup smpi usia 23 tahun je
Quote antikorok 5-7-2023 06:15 PM
Takut yachhh kes2 medical negligence mcm ni jadik kat kita atau ahli keluarga kita
Quote gekkou 5-7-2023 06:24 PM
kalau umur panjang lebih 23 tahun cemanakah?
boleh claim lagi x?
moga doc2 semua yang ada amik iktibar
Quote tahanie 5-7-2023 07:57 PM
Tolong share berita pasal kejadian ni
Quote Lentera 5-7-2023 08:00 PM
Kesian budak tu
Quote TOPwind 5-7-2023 08:31 PM
menang-ni mesti  loyer india

jika loyer lain asik berwasap je
Quote kepompong 5-7-2023 08:33 PM
kerjaya yg menakutkan. belajar susah, kerja pun susah. Nak kata kaya? hem entah la
Quote green~tea 5-7-2023 08:37 PM
Menang 5.6 mil... lawyer fee entah2 1.5 mil... balance berapa je last2
Quote Tinot7 5-7-2023 08:49 PM
Baper loyer fees?

Sblm ni pakar tak pantau dulu ke subcon kpd org lain? Spital mana ni? Serammm...
Quote Nham22 5-7-2023 08:50 PM
Ini lawyer hati kental... Byk kea cuai kat hospital sebrnarnye... Tp kite di omok2x kan dgn takkan memang.. Membazir duit... Masa yg lama... Gitulaaaaa
Quote TeropongThaico 5-7-2023 08:58 PM
Seram dengar kes gini. Disbbkan kecuaian tak pasal je baby dan family tanggung sengsara gini
Quote bloodyamuk 5-7-2023 09:01 PM
18 - 19 petugas perubatan woih...ramai2 camtu pun masih kalah...bayangkan kalau kes2 lain...

yang kalah saman fitnah pun ada...

buat malu frontliner lain je...
Quote Zeatyisaac 5-7-2023 09:04 PM
gekkou replied at 5-7-2023 06:24 PM
kalau umur panjang lebih 23 tahun cemanakah?
boleh claim lagi x?
moga doc2 semua yang ada amik iktib ...

Kan, my aunt dulu doktor kata boleh hidup sampai umur 12 tahun je. Tapi rezeki Allah dah 50 lebih. Nasib ada pencen terbitan arwah atuk and nenek, so hidup dia terbela lah. Siap ada bibik lagi tolong jaga, takdelah menyusahkan adik beradik. Kami pantau bibik2 je, buat kerja elok atau tak.
Quote green~tea 5-7-2023 09:09 PM
Tinot7 replied at 5-7-2023 08:49 PM
Baper loyer fees?

Sblm ni pakar tak pantau dulu ke subcon kpd org lain? Spital mana ni? Serammm... ...

Dalam 10-20%.. makin lama kes berjalan, makin mahal fees... i amek contoh kes menang saman 3 juta... legal fees 700k... dalam 23%, kes berjalan beberapa tahun jugaj... ini 3 tahun kan
Quote Tinot7 5-7-2023 09:16 PM
green~tea replied at 5-7-2023 09:09 PM
Dalam 10-20%.. makin lama kes berjalan, makin mahal fees... i amek contoh kes menang saman 3 juta. ...

Dasat jugak bayaran loyer.. tapi kalau dah keje pi turun naik mahkamah, mmg mcm tu kot bayaran deme.. cuma nnt org2 yg menang tu bknnya dpt nilai penuh tu la..

Menda mcm ni kena cukai dak? Sbb nnt deme dicukai dgn nilai asal ka nilai lepaih bayaq loyer?
Quote syamzana 5-7-2023 09:25 PM
kesiannya baby tu kesian jugak makayah dia
Quote annehuda 5-7-2023 09:29 PM
Satgi mesti ada persatuan doktor kontrak merempan sebab kurang doktor la ape la doktor terlampau penat la bla bla bla. Cuba cek mana pegi doktor yg sepatutnye tu oncall tapi sbnrnye entah pegi mana-mana bila call tak nak angkat
Quote annehuda 5-7-2023 09:33 PM
Sebab tu kekdg aku seriau dgn kualiti doktor zaman la ni, especially yg spm result tak seberapa tp gigih gak nk amek medic kt kolej swasta ni. Dh grad merempan plak taknak kontrak nk suruh gomen amek diorg as tetap. Bukannye ikhlas nk merawat org pun
Quote black_handbag 5-7-2023 09:36 PM
Sedihnya. Bahaya rupanya czer.. mujurla masa nak beranak dulu gigih booking doktor pakar yg mmg dah biasa czer dan ada byk pengalaman

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048100 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top