CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adakah Annuar Musa Bersedia Nak 'Sembelih' Anak Sendiri Di Ketereh?

5-7-2023 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1329| Komen: 5

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa mungkin sukar merealisasikan misi peribadinya bagi memastikan UMNO tidak menang di Kelantan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, seandainya anak lelaki beliau terpilih sebagai calon mewakili UMNO.


Ini kerana anak Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu, Afiq Amani Annuar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, disenarai antara 155 nama yang dikemukakan UMNO negeri untuk dipilih sebagai calon dalam PRN nanti.

Foto: FMT

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman, mengesahkan nama Afiq Amani diangkat kepimpinan UMNO Bahagian untuk disenarai sebagai calon di satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Ketereh.

"Afiq Amani antara orang muda yang kita senaraikan nama, namun segala-galanya terserah kepada pucuk pimpinan parti yang memutuskannya kerana setiap DUN kita menyenaraikan lima nama.

"Nama calon setiap DUN dikemukakan bahagian masing-masing selepas mereka rasakan individu berkenaan layak dan menepati piawaian sebagai calon.


"Kita senaraikan nama berdasarkan kapasiti kebolehan selain penerimaan calon berkenaan di DUN masing-masing, bukannya disebabkan anak kepada sesiapa," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, Barisan Nasional (BN) Kelantan menghantar 155 nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon PRN.

Daripada jumlah itu, BN Kelantan menampilkan 70 hingga 80 peratus sebagai calon baharu dan seterusnya bergantung kepada kepemimpinan pusat untuk menentukannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya Afiq Amani tersenarai sebagai calon di mana-mana kerusi DUN, maka terpulang kepada Annuar sama ada mahu 'menyembelih' anaknya sendiri.

"Alhamdulillah proses pemilihan calon berjalan lancar dan kita yakin tiada unsur 'cah keting' dalam UMNO selepas nama calon diumumkan nanti," katanya.

Sebelum ini, Annuar yang kini menyertai PAS memaklumkan dirinya tidak kisah seandainya tidak bertanding sebagai calon dalam PRN kali ini, asalkan UMNO tidak menang. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 5-7-2023 05:08 PM
Guano abuya
Quote prince_marhaen 5-7-2023 05:21 PM
pusing2 siapa menang pun tetap anak beranak kau jugak yang kaya...buh la parti apa pun..semua sebab nak kaya je...takyah nak propa lah bersaing ke sembelih lah sunat la apa lancccc lah..
Quote sambaldurian 5-7-2023 05:26 PM
Perantau2 sekalian kesian la kt penduduk tetap kelantan. Aku dgr citer/ tgk video ikutkan klu mcm peniaga sana semua jenis open minded. Tp bila yg perantau balik  habis tapau kt pas yg terpaling tu. ( ikutkan federal pun mcm terpaling jgk tp tu la nk wat cmne) klu sel ni aku mmg x minat hamidah pas. Better bersatu tp dh pas ala2 kingmaker xtau la nk pilih mana nnti.
Quote rosedemon 6-7-2023 08:52 AM
suka hati engko laaaa
Quote ally9970 6-7-2023 02:51 PM
alah...apa nak sembelih pulak, mcm MP dlm parlimen lah, bertekak2 gaduh, keluar lepak coffee house, boleh jer peluk cium... ini kan pulak anak dan ayah, takdenya nak gaduh2 sampai ke rumah...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049640 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top