CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Impak Mat Kilau, Adi Putra Bolos Top 5 Aktor Filem Popular "Sedar Dah Tua Tapi Kalau Dinobatkan Syukur"

5-7-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 321| Komen: 2

Datuk Adi Putra bersyukur apabila tercalon dalam kelompok Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 bagi kategori Aktor Filem Popular.

Katanya dia memberi ruang sekiranya bakat baharu diangkat menggenggam trofi tersebut kerana akui dirinya semakin berusia dan populariti bukan lagi perkara yang dikejarnya.


Foto: IG

“Saya sedar saya sudah berumur jadi jika dinobatkan, Alhamdulillah dan generasi akan silih berganti.

“Bagi saya kita harus terima hakikat yang saya sudah berusia.  Tiada apa lagi yang ingin saya kejar dalam dunia glamor.

“Apa yang saya nak sampaikan adalah mungkin peminat ada pelbagai perspektif seperti anggap saya sudah berhijrah, hijrah ada banyak kaedah seperti pakaian, permikiran dan sebagainya.



“Untuk ABPBH kali ini, kalau dinobatkan, Alhamdulillah. Kalau ada yang baharu, dipersilakan, saya memberi ruang kepada yang baharu,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Adi tidak menyangkal filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi salah satu faktor kejayaannya bertaruh dalam kategori tersebut.


“Saya tak nafikan filem Mat Kilau itu memberi impak ke atas nama saya dan bersyukur.

“Selepas daripada itu, ramai bertanyakan saya adakah terdapat sekuel kedua filem itu. Manusia takkan lari daripada kepuasan.

“Saya rasa takut apabila Allah berikan saya impak yang besar kepada kerjaya saya, saya takut nak pikul amanah di bahu saya,” ujarnya.

Selain Adi, turut bersaing bagi kategori Aktor Filem Popular termasuklah Beto Kusyairy, Fattah Amin, Zizan Razak dan Zul Ariffin. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-7-2023 04:41 PM
kalau menang pun tak sangka yach lakonan beliak2 bijik mata dengan terjegil2 gitu boleh menang anugerah...

dah macam patung2 hindu kat bali yang mata terbeliak macam nak hantar ain...

dah la dialog tak habis2 korang kulu korang kilir dan tak habis2 duk sebut demi bangsa dan agama... tapi apa yang demi bangsa dan agama pun tak tahu lah...

Quote rosedemon 6-7-2023 09:13 AM
sendula ko blahla koo

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.043785 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top