CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tikam Bayi Lelaki Di Jantung Sampai Mati, Anak Perempuan Juga Ditikam Tapi Selamat

5-7-2023 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 298| Komen: 1

Seorang ibu dipenjara sekurang-kurangnya 20 tahun selepas didapati bersalah menikam bayi lelakinya sehingga mati.

Belfast Live melaporkan, Hakim Donna McColgan KC telah menjatuhkan hukuman terhadap wanita berusia 31 tahun itu di Mahkamah Crown Belfast, Ireland Utara.


Dalam kejadian pada 27 Julai 2021, wanita itu juga didakwa menikam anak perempuannya yang berusia dua tahun setengah. Kanak-kanak perempuan itu dilaporkan selamat, bagaimanapun adiknya yang berusia lapan bulan meninggal akibat ditikam di bahagian jantung.

Gambar Hiasan

Wanita berkenaan menafikan tuduhan dan cubaan membunuh walaupun mengakui telah menikam anak-anaknya.

Dalam pada itu, hakim juga menerima bahawa wanita tersebut berkemungkinan mengalami kemurungan semasa kejadian.

"Saya telah membuat kesimpulan bahawa dia adalah seorang pesalah berbahaya di dalam terma perundangan.


Menurut Inspektor PSNI Gina Quinn, ketika kejadian pihak polis telah dihubungi dan mereka menemui wanita itu bersama dua anaknya yang cedera.

Bayi lelaki yang baru berusia lapan minggu itu mengalami dua kesan tikaman di dadanya.

Paramedik telah memindahkan bayi ke hospital tetapi tragisnya dia disahkan meninggal dunia lewat petang itu.

Kanak-kanak perempuan itu juga telah ditikam di bahagian dada dan telah dipindahkan ke hospital serta dilaporkan terselamat.

Dalam satu kenyataan, bapa kepada kedua kanak-kanak itu berkata dia terkilan kerana tidak sempat melihat anak lelakinya membesar.

"Kata-kata tidak dapat menggambarkan apa yang telah saya dan keluarga alami.

"Kami takkan pernah dapat melihat anak kami membesar, tetapi kami sama sekali tidak akan melupakannya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 6-7-2023 08:52 AM
ko knp ek knp la [mpuan cmni ditakdirkan jadi ibu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.028714 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top