CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Secara Misteri Sejak 20 September Tahun Lepas- Cebisan Tulang, Tengkorak Dan Gigi Geraham Dalam Kebun Sawit Sah Milik Wak Ithnin

5-7-2023 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1467| Komen: 11

SEGAMAT – Pihak polis mengesahkan cebisan tulang, tengkorak dan gigi geraham yang ditemui dalam kebun kelapa sawit di Kampung Tungku Tiga di sini, awal bulan lalu milik Ithnin Warsan, 80,yang dilaporkan hilang sejak 20 September tahun lalu.


Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata,

Foto: Kosmo

“Berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat terhadap rangka berkenaan 99.9 peratus adalah sepadan. Rangka, tengkorak dan gigi geraham tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 5.47 petang 4 Jun lalu di kawasan sekitar kebun sawit berkenaan adalah disahkan milik mangsa.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan rangka mangsa akan diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, sebelum ini siasatan di lokasi tidak menemui pakaian dan sebarang pengenalan diri.


“Tengkorak dan serpihan tulang telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar patologi. Sampel DNA waris sudah diambil dan polis telah terima laporan penuh daripada forensik dan patologi Hospital Daerah Segamat (HDS) semalam,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam pada 20 September 2022 lalu, Ithnin Warsan atau dikenali sebagai Wak Ithnin dikatakan berada di halaman rumahnya di Kampung Tungku Tiga sebelum menghilang tanpa jejak. – CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-7-2023 04:27 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Lepas 9bln baru jumpa mayat
Quote shamsadis 5-7-2023 04:36 PM
beg arwah Nurul Jazlin tu kalau simpan lagi, boleh detect DNA suspek, itu pun kalau suspek ada rekod DNA dengan hospital atau polis. Kena simpan data DNA dalam sistem polis dan hospital.
Quote Thunderclouds 5-7-2023 04:36 PM
Innallillah.
Ada la closure utk family.
Quote Buritan 5-7-2023 04:37 PM
Kena bunuh ke pun pkcik ni.. sblm ni tak de pun kat kebun tuu.. tup tup Ade laa plkk.. moga syurga buat pkcik
Quote sambaldurian 5-7-2023 05:31 PM
Tp tanpa jumpa pakaian tu agak pelik, xkn setahun dh mereput baju ( haiwan amek pakaian dia ke).
Quote Decaffeinated 5-7-2023 05:39 PM
sambaldurian replied at 5-7-2023 05:31 PM
Tp tanpa jumpa pakaian tu agak pelik, xkn setahun dh mereput baju ( haiwan amek pakaian dia ke).

Mungkin meninggal di tempat lain. Sebahagian badan sahaja dilarikan haiwan.

Quote Decaffeinated 5-7-2023 05:47 PM
sambaldurian replied at 5-7-2023 05:31 PM
Tp tanpa jumpa pakaian tu agak pelik, xkn setahun dh mereput baju ( haiwan amek pakaian dia ke).

Mungkin meninggal di tempat lain. Sebahagian badan sahaja dilarikan haiwan.

Quote BoongaKertas 6-7-2023 08:00 AM
salam takziah utk keluarga
Quote rosedemon 6-7-2023 08:52 AM
ksiannya semoga sorga untuk wak
Quote supernaturalee 6-7-2023 09:12 AM
shamsadis replied at 5-7-2023 04:36 PM
beg arwah Nurul Jazlin tu kalau simpan lagi, boleh detect DNA suspek, itu pun kalau suspek ada rekod ...

tgk dokumentari kt netflix, polis usa simpan dlm stor in a box segala mala bukti yg belum terungkai
even kes yg dh berpuluh tahun dulu


hopefully polis msia pun storekan segala bukti2 ni dgn proper la
u never know la someday ada bukti2 baru yg blh connect dgn bukti2 lama tu
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:18 AM
slm takziah buat kleuarga

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.105072 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top