CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Jam Tergantung Menegak Dalam Roller Coaster

5-7-2023 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 814| Komen: 5

Festival Winconsin di Amerika Syarikat (AS) bertukar cemas apabila beberapa pengunjung terperangkap dalam roller coaster selama tiga jam.

Portal NDTV memetik NBC News melaporkan, kejadian berlaku Ahad lalu di tapak festival di Crandon kerana masalah teknikal pada permainan itu.



TANGKAP layar video tular menunjukkan penumpang roller coaster yang tergantung dan penyelamat (kiri) cuba memanjat untuk mengeluarkan mangsa.

Menerusi video tular di media sosial, sebahagian penumpang dilihat tergantung dalam gerabak yang berhenti di pertengahan, sementara anggota penyelamat cuba memanjat tiang rel untuk menyelamatkan mangsa.

"Apa yang kami tahu terdapat masalah teknikal dengan roller coaster tersangkut pada kedudukan menegak.

"Permainan itu sudah diperiksa pihak berkuasa Wisconsin baru-baru ini, tetapi kami tiada maklumat lanjut," kata Kapten Brennan Cook daripada Jabatan Bomba Crandon kepada WJFW-TV.


Kesemua penumpang berjaya diselamatkan tanpa kecederaan dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Insiden itu yang terbaharu dalam siri kemalangan membabitkan roller coaster di AS.

Beberapa hari lalu, sebuah taman tema diarah tutup selepas pengunjung mengesan keretakan pada tiang yang menyokong roller coaster.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 5-7-2023 04:05 PM
[youtube]fwMIGZt-ujk[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=fwMIGZt-ujk

Quote supernaturalee 5-7-2023 04:09 PM
"Insiden itu yang terbaharu dalam siri kemalangan membabitkan roller coaster di AS"


bersiri2 ye pny la bnyk

btw pnh sekali je naik roller coaster dlm building kt maps
cukup la sekali merasa
Quote Perawankota 5-7-2023 04:31 PM
Memang tak dah nak naik dah roller coaster.. Pernah naik yg kt genting tu jer. smpi 5, 6 kali naik.. Tu jer lah..

Quote Buritan 5-7-2023 04:39 PM
Tak siorr aku naik menatang nii.. takut akuu
Quote ninja boy 5-7-2023 05:39 PM
Gila 3 jam terbalik kepala

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050025 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top