CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Berang Difitnah Tak Selesa Dengan Ungku Ismail Selepas Kahwin

5-7-2023 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3262| Komen: 23

Nad Zainal kesal dengan penulisan tajuk di Facebbok yang berbaur fitnah sehingga mampu mengundang salah faham ramai mengenai rumah tangganya.

Katanya tajuk sebegitu tidak seharusnya diterbitkan apatah lagi dia bukan individu yang suka berkongsi perihal rumah tangga dalam media sosial.


Foto: IG

“Kalau hendak jual barang sekali pun, tidak perlulah tulis begini. Netizen sudah percaya, ada Nad Zainal lain ke?

“Sebab Nad Zainal yang tulen jaranglah buka mulut untuk canang kisah rumah tangga,” katanya di IG.

Isu penyebaran berita palsu dalam media sosial tidak berkesudahan meskipun dunia seni tanah air baru sahaja dipanaskan dengan episod perang pelawak Shuib bersama netizen berhubung isu Freemason dan kematian Allahyarham Siti Sarah.


Dramatis berusia 33 tahun itu kecewa apabila pautan yang diletakkan akaun berkenaan konon-kononnya perincian lanjut seiring tajuk hanyalah ‘wayang’ demi mempromosikan produk jualan mereka.

“Baru kes Freemason habis. Nampaknya sama sahaja.

“Penat saya tekan pautan, rupa-rupanya suruh membeli-belah. Semoga bertaubat.

“Saya ada 21 babak hari ini dan ingin menjaga emosi di set penggambaran,” ujar isteri kepada pelakon Ungku Ismail itu.


Sementara itu, dia juga menasihatkan orang ramai berhenti mengelirukan orang ramai dengan tajuk dan artikel palsu dalam media sosial.

“Jangan suka buat kelakar dalam media sosial ya.

“Nanti ramai yang lurus dan percaya,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian tersebut, bintang drama Takdir Yang Tertulis itu turut memuat naik tangkap layar akaun Facebook berkenaan yang tertulis tajuk berbaur fitnah mengenai rumah tangganya.

“Nad Zainal dah mula tak selesa dengan Ungku Ismail!! Ini luahannya.

“Baru sahaja kahwin, Nad Zainal luah rasa tidak selesa dengan Ungku Ismail,” tulis akaun tersebut.

Nad sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu.

Terdahulu, pada 3 September lalu, pelakon asal Kajang, Selangor itu mengejutkan ramai apabila mengesahkan perceraiannya dengan Faliq Amiruddin.

Tidak berkongsi lanjut mengenai punca perceraian sehingga hari ini, Nad enggan orang ramai membuat spekulasi tidak berasas mengenai perpisahan dengan bekas suami.

Mendirikan rumah tangga dengan Faliq pada 18 Disember 2015, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom kini berusia setahun. – CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 5-7-2023 03:21 PM
Aku rengsa betul tgk gmbr yg ni
Seolah2 baby berbungkus berwajah tua
Quote OshinDaSolja 5-7-2023 03:24 PM
semoga berbahagia dan tabah menghadapi ujian2 dalam berumah tangga...
Quote mamajawie 5-7-2023 03:27 PM
yihhhhh seramnya tengok muka si UI ni..cam baru lpas kena bom



Quote dudaberhias 5-7-2023 04:07 PM
sikit2 nak berang... sikit2 nak tersentap dengan blog2 picisan yang buat artikel palsu...

acik2 yang tersentap tengok ko terkangkang dulu tu pun takde kata apa pun...

Quote dudaberhias 5-7-2023 04:08 PM
mamajawie replied at 5-7-2023 03:27 PM
yihhhhh seramnya tengok muka si UI ni..cam baru lpas kena bom

kan... rhoper dah macam duta tayar michelin...tinggal nak letak depan bengkel bersebelahan kondo jahlop duduk tu jer dan panggil2 orang datang tukar tayar..





Quote Perawankota 5-7-2023 04:36 PM
Pastu nanti kuar statement, 'Nad nak saman pembuat fitnah'
Quote Komenga 5-7-2023 08:37 PM
Kenapa dia dah delete post tu?
Quote sharlenetexas 5-7-2023 09:27 PM
Semoga dua2 bertambah sendu sejuk beku.


Quote beatgirlX 5-7-2023 09:32 PM
Mail dulu kala tu menarik... TLU tu rasa dreaming sgt.. Skg ni.. Aiyooo
Quote Hoola 5-7-2023 09:41 PM
apa hal lg la tu oiiiiii
xhabis2 lah ko ni
ujar netijem

also kdg tu our body language also tells
Quote doubleA 5-7-2023 10:10 PM
Siapalah kisah couple kekwat ni
Quote de_ikea 5-7-2023 10:13 PM
Dugaan ibu menandong mmg mcm tu lah
Quote AWEKSAMURAI 5-7-2023 10:31 PM
beatgirlX replied at 5-7-2023 09:32 PM
Mail dulu kala tu menarik... TLU tu rasa dreaming sgt.. Skg ni.. Aiyooo

Dlu aku minat gila dgn UI ni ... Nad pun aku minat dia berlakon best je...skrg lpas kwen dedua ni ..dedua aku x minat ...poyo much
Quote rosedemon 6-7-2023 09:12 AM
dedua poyo cam terpalingg yekkk
Quote mamajawie 6-7-2023 10:13 AM
dudaberhias replied at 5-7-2023 04:08 PM
kan... rhoper dah macam duta tayar michelin...tinggal nak letak depan bengkel bersebelahan kondo j ...

itu la psal..kawen dgan si kangkang ni terus jadi Yeti Malaysia..selisihhhhhhhhh



Quote evataso 6-7-2023 10:14 AM
Iolls je ke tak minat kedua duanya
Quote AcikCleaner 6-7-2023 10:16 AM
Aneem replied at 5-7-2023 03:21 PM
Aku rengsa betul tgk gmbr yg ni
Seolah2 baby berbungkus berwajah tua

Dia dah la petite, berbungkus pulak macam tu dengan muka sembab..tak sedap mata memandang
Quote Burong_Hantuk 6-7-2023 10:32 AM
what do u expect from this pengemis???
Quote mamajawie 6-7-2023 10:43 AM
Aneem replied at 5-7-2023 03:21 PM
Aku rengsa betul tgk gmbr yg ni
Seolah2 baby berbungkus berwajah tua

ketahian apakah fesyen hauk namati ni??



Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043012 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top