CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Lelaki Bius, Rogol Wanita Yang Terpedaya Dengan Iklan Rawatan Kosmetik Dihukum Gantung

5-7-2023 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1074| Komen: 6

Ketua hakim memutuskan hukuman mati terhadap tiga lelaki di Iran kerana merogol beberapa wanita yang diperdaya dengan iklan rawatan kosmetik daripada klinik estetik palsu.

Semua wanita itu diperdaya hingga memasuki klinik berkenaan sebelum disuntik dengan ubat bius dan diperkosa.



Gambar hiasan

Berdasarkan keputusan disiar portal badan kehakiman Mizan, kesemua lelaki itu didapati bersubahat dalam 12 kes serangan seksual pada akhir 2021 di wilayah selatan Hormozgan.

Ketua Hakim Mojtaba Ghahramani dipetik berkata, "tiga lelaki itu akan dihukum gantung di penjara Bandar Abbas."

Seorang daripada tertuduh bekerja sebagai pembantu perubatan didakwa memujuk tujuh mangsa dengan 'iklan palsu' prosedur rawatan kosmetik yang disiar dalam talian, sebelum menyuntik mereka dengan ubat bius dan merogol.

Dua lagi tertuduh yang juga jururawat pula didakwa atas lima kes rogol serta pertuduhan berkaitan kecurian dadah, menurut laporan.


Kumpulan hak asasi Amnesty International mendedahkan, Iran menghukum mati lebih ramai individu, berbanding negara lain kecuali China dengan sekurang-kurangnya 582 pesalah tahun lalu iaitu jumlah tertinggi sejak 2015.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 5-7-2023 03:28 PM
bagus bila kat malaysia nk buat hukum bunuh kat perogol ni?
Quote zarulnazmi 5-7-2023 04:20 PM
mamajawie: bagus bila kat malaysia nk buat hukum bunuh kat perogol ni?


Dah tak boleh.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/984263/tiada-lagi-hukuman-mati-mandatori-di-malaysia-mulai-hari-ini
Quote hayrin86 5-7-2023 04:37 PM
mamajawie replied at 5-7-2023 03:28 PM
bagus bila kat malaysia nk buat hukum bunuh kat perogol ni?

Lebih sesuai dihukum bunuh ke atas semua penjenayah militan..

Quote Perawankota 5-7-2023 04:45 PM
Hukuman mati/ganting kt Malaysia ada dua kan. Satu gantung, satu gantung mandatori.. Yg dihapuskan tu kedua2nya sekali ke?
Quote melekaifc 5-7-2023 04:55 PM
Perawankota replied at 5-7-2023 04:45 PM
Hukuman mati/ganting kt Malaysia ada dua kan. Satu gantung, satu gantung mandatori.. Yg dihapuskan t ...

hukuman gantung mandatori ni maksudnya tak silap untuk kesalahan tu memang hukum gantung je hukuman dia. samaada bebas atau gantung. buang mandatori tu kira boleh letak hukuman lain yang dirasakan sesuai.


contoh : dulu edar dadah lebih 5 gram hukuman gantung mandatori. edar 6gram pon hukum mati. edar 6 tan pon hukum mati. sekarang hakim boleh letak hukuman yang sesuailah. contohnya edar dadah 6g penjara 20 tahun manakala edar dadah 6 tan hukum gantung sampai mati.


Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:45 AM
tk pasal2 kena hukum gantung... buat lg jahat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.030334 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top