CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kazar Dan Dua Ahli Keluarganya Selesai Hari Ini

5-7-2023 02:44 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 27537| Komen: 575|Original author: Saiful

Kes saman antara Puteri Sarah dengan bekas madunya Ira Kazar dan dua ahli keluarganya akhirnya selesai di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.

Ia disahkan peguam Puteri Ummi Kartini Abd. Latif yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif ketika dihubungi selepas sebutan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Norakhmar Mohd. Sani.


Menurut Puteri Ummi pada sebutan kes hari ini pihak-pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik diluar mahkamah yang kemudian mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan itu.

Foto: IG

“Penghakiman persetujuan telah direkodkan di mana pihak-pihak telah menyelesaikan kes secara damai di luar Mahkamah dan kes selesai,"katanya seperti dipetik di Kosmo.

Penghakiman persetujuan bermaksud kes diselesaikan luar mahkamah dengan pihak-pihak bersetuju dengan terma penyelesaian.

Dalam prosiding hari ini, Ira dan dua ahli keluarganya selaku defendan diwakili peguam Ammar Ghalip.


Pada Jun 2022, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan saman terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin atas dakwaan mengganggu rumah tangganya.

Selain itu dua ahli keluarga Ira yang turut disaman ialah kakaknya Yasmin dan bapanya Kazar atau nama penuhnya Kazaruddin Saisi.

Pada 4 Julai tahun sama, Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya Syamsul.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Pada tarikh sama peguam syarie yang mewakili Syamsul turut mengesahkan kesemua tuntutan termasuk isu saman antara Puteri Sarah terhadap Ira Kazar telah selesai.

Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai isu saman Puteri Sarah dan Ira tersebut tidak boleh didedahkan.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 5-7-2023 02:57 PM
Cepatnya kes ni. So sabit tak si IK tu
Quote menjad 5-7-2023 02:59 PM
mmmmmmmm seronok lah IK kannnnn. Sol buat apa shj tuk selamatkan ik.
Quote MademoiselleZan 5-7-2023 03:00 PM
Boleh ler keluarga penyondol buat kenduri besar besaran meraikan berjaya merampas harta rampasan kelas terpaling bawah…..cuma satu ari nanti pasti terburai juga rahsia celah kangkang tu kalau masih tak insaf , tak bertaubat atau masih kekal dgn mendongak langit…maklumlah tak terkesan katakan….
Quote nini_azmi 5-7-2023 03:00 PM
Hebat seorang sarah. Besar hatinya utk berdamai shj. Mls nk pikir dan buang masa. Asalkan lps dari sol.
insyaAllah, asbab mulia hati nya, moga Allah angkat darjat dan mudahkan urusan sarah sekeluarga
Quote kakJOYah 5-7-2023 03:04 PM
patutla family penyondol dah berkokok konon tak terkesan, rupanya dah terlepas dari saman
Quote msdummy.2018 5-7-2023 03:06 PM
Sila beri seribu dua kata dr forrumers yang go go ps saman penyondol???

Aku ada rasa disappointed ckitlah...hahaahha
Quote 3chanceno 5-7-2023 03:07 PM
Terlepas dari hukuman di dunia  semuga Sarah move on dengan tabah & pastinya ada yang terbaik buat dirinya di masa hadapan.
Quote Lolalala 5-7-2023 03:08 PM
Mesti berat untuk PS buat keputusan ni. Demi anak² dia, mesti dia fikir panjang demi masa depan
Quote pauliza 5-7-2023 03:09 PM
Patutlah kakak IK hari2 live kat TT skrg ni
Quote Dolmat 5-7-2023 03:11 PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1122633/kes-saman-puteri-sarah-ira-kazar-selesai-luar-mahkamah

Mesti adaaaaa lahhhh yg tersembunyi.. rahsia masing2..
Now bff.. persatuann penyondol tepuk tangan... Makin menjadi2 bermaharaja lah penyondol2...

Sarah lain kali bobal takmo berapi2.
Quote matjerk 5-7-2023 03:11 PM
Hmmmmmmmmm......... harap PS x menyesal
Quote Parit.Hilton 5-7-2023 03:19 PM
kawan aku reporter mahkamah
katanya apa yg dicatat dalam dokumen kat jais/jawi (?) tu SANGAT MENGAIBKAN.
Quote Cassieopeia 5-7-2023 03:20 PM
malas ps nk hadap anak beranak tu dah lgpun dia dh cerai dgn sol move on secara classy yah
Quote ina_na 5-7-2023 03:24 PM
X pe la kes mahkamah settle luar.yg penting cpt dpt bebas dr Sol...dah blh bt perang saraf..selamat bermakan ati la jd mcm kes retis sblm ni dl...Kalo kenduri kendara,makan2 ade PS n PS dpt layanan istimewa dr tintim...Tu lg best sakit ati oooo...
Quote jiwakacau06 5-7-2023 03:26 PM
Parit.Hilton replied at 5-7-2023 03:19 PM
kawan aku reporter mahkamah
katanya apa yg dicatat dalam dokumen kat jais/jawi (?) tu SANGAT MENGAIB ...

apa tu...hint please ..
Quote Sesuatu… 5-7-2023 03:27 PM
Setuju forummer cakap besar hati sarah. Moga Allah beri ganjaran yg lebih baik berkat sabar dia.
Quote Sesuatu… 5-7-2023 03:27 PM
Parit.Hilton replied at 5-7-2023 03:19 PM
kawan aku reporter mahkamah
katanya apa yg dicatat dalam dokumen kat jais/jawi (?) tu SANGAT MENGAIB ...

Kawan ko xnk kasi contoh ke? Contoh je, tak sebar aib
Quote KelisaSilver 5-7-2023 03:28 PM
Frustnya aku..... selesai & lepas mcm tu je? adoiiiii....
Quote intan244 5-7-2023 03:29 PM
menang jugak si penyondol

Lihat semua komen(575)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.174626 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top