CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peserta Kursus PGA Tiba-tiba Rebah, Sawan Dan Meracau Dipercayai Meninggal Akibat Strok Haba

5-7-2023 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1079| Komen: 12

Strok haba dipercayai menjadi punca kematian peserta kursus asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2023 di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, Ipoh, semalam.

Mengesahkan mengenai kematian itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi hari ini bagaimanapun berkata, bedah siasat terhadap Konstabel Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam, 21, masih dijalankan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.



Kosmo

Sementara itu, Komandan PLPGA Ulu Kinta, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir ketika dihubungi media malam tadi berkata, Muhamad Irfan dari Cawangan Kompeni Demo Pusat Latihan PGA, baharu sahaja beberapa hari melapor diri sebagai peserta kursus iaitu sejak Ahad lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh dari rakan Muhamad Irfan Irham, dia mula mengadu mengalami kekejangan kaki kiri sejak malam kelmarin.


Beliau berkata, bagaimanapun ketika mengikuti kelas petang semalam, pelatih itu tiba-tiba rebah dan diserang sawan serta dalam keadaan meracau.

"Anggota perubatan memberi bantuan awal dan segera membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk rawatan lanjut.

"Ketika di klinik, doktor bertugas beberapa kali melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun pelatih itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang.

"Berdasarkan daripada laporan awal doktor di klinik kesihatan berkenaan, punca kematian pelatih itu adalah dipercayai akibat strok haba," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 5-7-2023 02:12 PM
Cuaca mmg panas lain mcm skrg. Jgn main2 dgn strok haha. It real bkn teori konspirasi.
Quote Antifake 5-7-2023 02:59 PM
Kurangkan la aktiviti siang. Panas lain macam tu. Kesian budak2
Quote noor2 5-7-2023 03:02 PM
Ada aktiviti tgh2 panas ke cane..?
Quote Perawankota 5-7-2023 04:57 PM
Janganlah Main2 dgn stroke haba ni.. Aku kalau panas mmg tak kan ke mana..

Sampaikan best friend merajuk ckp ajak pi pulau tak nak.. Lepak2 hotel boleh pulak.. Pulau tu memang best.. Tapi travel jauh2, pastu nak menunggu, nak naik feri/boat tu yg aku tak tahan.. Pastu kena pulak pulau yg memang ada timing je pasang electricity, lagilah bahang oi...
Quote babynina30 5-7-2023 05:14 PM
Pastu sekolah buat plak sukan skrg
Quote Decaffeinated 5-7-2023 05:24 PM
Malaysia sudah menjadi semakin panas untuk orang Malaysia sendiri.

Sejak mereka kenal aircond.

Quote alieyrina 5-7-2023 05:26 PM
Aku migrain kalau panas melampau ni. Salam takziah kesian tgk org yg keja kena berpanas sekarang
Quote sharlenetexas 5-7-2023 05:27 PM
Kesiannya.


Quote Jitu 5-7-2023 05:29 PM
Decaffeinated replied at 5-7-2023 05:24 PM
Malaysia sudah menjadi semakin panas untuk orang Malaysia sendiri.

Sejak mereka kenal aircond.

tu la aku ingat lg dulu2 naik datsun tonggek takde ekon
rilek je bukak tingkap
skrg ni start je kereta mesti bukak ekon dulu papehal pun
Quote Jitu 5-7-2023 05:30 PM
takziah   
Quote NazRysha 5-7-2023 05:51 PM
kalau mcm ni kerajaan bayar duit tak dekat keluarga ?
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:39 AM
slm tkziah...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.046420 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top