CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dengar Bunyi Tayar Meletup, Bila Pusing Nampak Lelaki Hancur Dari Pinggang Ke Kepala Jatuh Tingkat 41 Hotel

5-7-2023 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3221| Komen: 27

Hancur separuh tubuh apabila lelaki berusia 52 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat 41 sebuah hotel di bandar Melaka, tengah malam tadi.

Mangsa ditemui orang awam kira-kira pukul 12.20 tengah malam di hadapan kawasan parkir lobi hotel sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.



MAYAT mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, aduan dibuat seorang pemuda berusia 25 tahun dan sepasukan anggota dari Balai Polis Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Setiba di lokasi mangsa ditemui dalam keadaan tubuhnya dari paras pinggang ke kepala telah hancur dipercayai impak akibat jatuh daripada bangunan tinggi dan terdapat cebisan mayat di sekitar kawasan.

“Siasatan awal mendapati bangunan hotel tersebut mempunyai 42 tingkat dan kita percaya si mati jatuh daripada tingkat 41,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.


Ujarnya, seorang saksi yang juga pengangkat barang memaklumkan telah terdengar bunyi seperti letupan tayar sebelum ternampak si mati terjatuh dalam keadaan terlangkup.

“Apabila saksi berpusing, dia nampak si mati dalam keadaan terlangkup dengan separuh dari badan telah hancur dan terus menghubungi penyambut tetamu hotel serta talian 999.

“Menurut dua orang saksi warga Bangladesh, sebelum kejadian mereka ada ternampak si mati dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai mangsa telah terjatuh,” jelasnya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 5-7-2023 02:19 PM
Ok. Ni ngeri.
Teringat menara apa nama tu kt kl yg org rajin terjun tu.
Bsepai kt stabak.
Xangker lak yer.
Quote otai_g 5-7-2023 02:21 PM
Mmg ngeri. Harap2 bkn Kes bunuh diri la sbb kalo Kes bunuh diri mmg menyumpah la pekerja pembersihan.
Quote supernaturalee 5-7-2023 02:23 PM
Thunderclouds replied at 5-7-2023 02:19 PM
Ok. Ni ngeri.
Teringat menara apa nama tu kt kl yg org rajin terjun tu.
Bsepai kt stabak.

klcc bukan menara


anyway...terjun tiruk ke ni
kembang tekak gambaran mayat tu



Quote venom1 5-7-2023 02:25 PM
Bau darah dan daging berhari2 kat situ
Quote ninja boy 5-7-2023 02:26 PM
Kenapa pilih terjun patut injek kasi tidur terus mati dlm tidur
Quote Simunggu 5-7-2023 02:31 PM
bunuh diri sbb saham jatuh banyak barangkali, ekonomi tidak baik..
Quote kucingitam 5-7-2023 02:42 PM
wuuu seram...mesti terjun tiruk ni...kepala dulu
Quote OshinDaSolja 5-7-2023 02:43 PM
tingginya tingkat 41... hotel apa tu...
Quote mejaputih 5-7-2023 04:26 PM
hotel apa kat melaka yg tinggi benor tu?
kat KL byk apartments skrg 40 tingkat...seram weih tak gayat ke tinggi beno tu
Quote Perawankota 5-7-2023 05:01 PM
Tmpt keje lama ada dua kes terjatuh..  bersepai otak atas jalan.. Ada satu tu budak umur 5 ke 6tahun. Hilang bijik mata, Bomba carik mata yg hilang tu pakai semut mayat..
Kat apartment lama pon ada kes org terjun bunuh diri. Dah lah bunuh diri time tak ramai penghuni, org pi bercuti merdeka ke raya.. Lupa dah
Quote Thunderclouds 5-7-2023 05:17 PM
supernaturalee replied at 5-7-2023 02:23 PM
klcc bukan menara



Niiii...kt brickfields nihh..adoiii..puas carik

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5021108
Quote Decaffeinated 5-7-2023 05:27 PM
Perawankota replied at 5-7-2023 05:01 PM
Tmpt keje lama ada dua kes terjatuh..  bersepai otak atas jalan.. Ada satu tu budak umur 5 ke 6tahun ...

first time dengar semut mayat


Quote Decaffeinated 5-7-2023 05:30 PM

Tapi orang malaysia suka panggil menara klcc

kalau ko cakap klcc tower dgn orang luar tiada yang tau

Quote JunkMail 5-7-2023 05:33 PM
Mesti terjun kaki dulu... Tu hancur yang separuh badan
Quote Jitu 5-7-2023 05:41 PM
ngerinya hancur bersepai
Quote cikmouse 5-7-2023 05:44 PM
Haaaa sudah...otel mnaaa tuuuuuu.....
Quote LoveSungmin 5-7-2023 05:45 PM
tingginya tingkat 41 katanya dekat The Shore..
Quote mejaputih 5-7-2023 05:46 PM
Perawankota replied at 5-7-2023 05:01 PM
Tmpt keje lama ada dua kes terjatuh..  bersepai otak atas jalan.. Ada satu tu budak umur 5 ke 6tahun ...

Camna kat tmpt kerja ada budak terjstuh? Adoi siannya lahai..
Quote rifaa 5-7-2023 05:48 PM
Thunderclouds replied at 5-7-2023 02:19 PM
Ok. Ni ngeri.
Teringat menara apa nama tu kt kl yg org rajin terjun tu.
Bsepai kt stabak.

menara allianz kan
naseb masa iols datang, dorang baru abis cuci tempat tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053873 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top