CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kejam Gari, Humban Anak 3 Tahun Dalam Penjara Sebab Buang Air Dalam Seluar

5-7-2023 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 455| Komen: 1

Tindakan pegawai polis di Florida, Amerika Syarikat (AS) mendidik anak kecilnya dengan cara melampau hanya kerana membuang air besar dalam seluarnya, dihujani kecaman ramai.

Michael Schoenbrod tergamak menggari dan menghumban anak berusia tiga tahun itu ke dalam penjara sebagai hukuman melakukan perbuatan itu.


Dalam satu perbualan dirakam oleh kamera badan, Schoenbrod memaklumkan kepada pekerja Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak dan Keluarga bahawa anaknya menghadapi kesukaran menjalani rutin `latihan ke tandas’.



Dilaporkan, lelaki itu bertindak memasukkan anaknya ke dalam penjara selama beberapa hari secara berturut-turut pada Oktober tahun lalu.

Malah, Schoenbrod juga pernah menggari anaknya pada kali kedua sebagai pengajaran kepada budak kecil itu.

Schoenbrod mendakwa anaknya berjanji untuk tidak membuang air besar dalam seluarnya selepas berdepan pengalaman traumatik itu.


“Anak saya menangis, jadi saya mendapat respons yang diharapkan daripadanya,” katanya.

Schoenbrod mengaku memasukkan anaknya ke dalam penjara pada dua insiden berasingan.

Dia juga mendedahkan pernah menggunakan pendekatan sama untuk mendisiplinkan anak sulungnya ketika berusia empat tahun kerana memukul seorang gadis dan berkelakuan buruk.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:48 AM
haaa kau bapa sndiri yg sumbat trus dlm lokap

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037124 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top