CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelap Mata Nak Sangat Untung Cepat- Pekeja Kilang Rugi RM87,400.90. Terpedaya Dengan Skim Pelaburan

5-7-2023 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 333| Komen: 1

ISKANDAR PUTERI –Terpedaya dengan skim pelaburan yang diiklankan dalam kumpulan WhatsApp Kem Latihan Amali Untung Stabil Pasaran Saham, seorang pekerja kilang kerugian sebanyak RM87,400.90.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pengadu yang berusia 40-an membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Gambar Hiasan

“Pengadu memaklumkan dia tertarik menyertai pelaburan tersebut pada 4 Mei lalu apabila dimaklumkan boleh mendapat keuntungan sehingga RM180,000 hanya dalam tempoh sebulan menyertai. Pengadu mula membuat pelaburan buat kali pertama pada 12 Jun lalu. Namun apabila pengadu mahu keseluruhan keuntungan pelaburan dijanjikan, dia diarah membayar cukai sebanyak RM24,000.

“Selepas membuat bayaran cukai tersebut, pengadu terus tidak dapat berhubung dengan suspek menerusi WhatsApp, selain turut terkilan kerana disingkir daripada kumpulan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambah Rahmat, pengadu hanya menyedari telah menjadi mangsa penipuan semalam setelah mengalami kerugian sebanyak RM87,400.90, melibatkan duit pelaburan dan cukai dibayar.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Setakat ini, kes ini adalah pertama yang diterima berkaitan skim pelaburan seperti itu,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 6-7-2023 08:50 AM
byknya duit ko nyah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037087 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top