BANDAR RAYA NEW YORK – Suhu purata dunia mencapai paras tertinggi pada Isnin, 3 Julai Lepas apabila mencecah 17 darjah Celsius buat pertama kali. BBC melaporkan, penyelidik-penyelidik Amerika Syarikat (AS) berkata, suhu itu adalah yang tertinggi yang pernah dicatatkan dalam mana-mana rekod sejak akhir abad ke-19.
Para saintis di Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan AS berkata, suhu purata dunia telah mencapai 17.01 darjah Celsius kelmarin sekali gus memecahkan rekod sebelumnya iaitu 16.92 darjah Celsius pada Ogos 2016. “Kini, fasa El Nino yang lebih panas telah bermula. Kami meramalkan lebih banyak rekod suhu harian tertinggi akan dicatatkan, selain rekod bulanan dan tahunan akan mencecah paras baharu dalam tempoh 1.5 tahun akan datang,” kata seorang penyelidik iklim, Leon Simons. Para saintis percaya gabungan peristiwa cuaca semula jadi yang dikenali sebagai El Nino dan pelepasan karbon dioksida yang berterusan mendorong peningkatan tersebut.
Pada minggu ini, China terus mengalami gelombang haba dengan suhu di beberapa tempat melebihi 35 darjah Celsius, manakala selatan AS juga terdedah kepada suhu yang panas. Dalam masa sama, Afrika Utara menyaksikan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius. – CARI Sumber: Kosmo
|
Samerosie replied at 5-7-2023 12:22 PM
17..35..mm i rather have 17 !
shamsadis replied at 5-7-2023 03:45 AM
ada orang suka Malaysia dilanda 4 musim, percayalah, lagi sensara hidup dalam 4 musim.
tekak kalau ...
shamsadis replied at 5-7-2023 04:45 PM
ada orang suka Malaysia dilanda 4 musim, percayalah, lagi sensara hidup dalam 4 musim.
tekak kalau ...
shamsadis replied at 5-7-2023 04:45 PM
ada orang suka Malaysia dilanda 4 musim, percayalah, lagi sensara hidup dalam 4 musim.
tekak kalau ...
faraway1 replied at 5-7-2023 09:51 PM
Takda la, hampir 20 tahun hidup kat 4 musim, ok aje. Suhu minus 30 pun senyum aje..
Sebab jenis b ...
Suchi replied at 5-7-2023 10:15 PM
Tanak ahh 4 musim. Byk baju nak kena standby, time musim sejuk kena kuarkan baju musim sejuk. Kang ...
ADVERTISEMENT