CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Anak Ibu, Daddy Doakan Mummy Dapat Buat Yang Terbaik,"- Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Anak-Anak Shuib

5-7-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1787| Komen: 10

Isteri Shuib, Watie Hanifiah menitipkan ucapan menyentuh hati buat anak-anak tirinya.

Di Instagram, Watie telah memuat naik imbasan foto dan video ketika malam perkahwinannya bersama Shuib.


Foto: IG

Dalam perkongsian tersebut, Watie turut mempamerkan gelagat Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan yang sering menceriakan hidupnya dengan sikap manja mereka yang tersendiri.

Menurut Watie, dia sangat terharu dengan sikap anak-anaknya kerana menyantuninya seperti ibu kandung.


Malah, Watie turut meluahkan rasa syukurnya kerana urusannya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut dipermudahkan.

“Anak Ibu,Daddy & Mummy Terima kasih sudi jadi anak-anak mummy, terima mummy, selalu hiburkan hati mummy, peluk mummy dan cakap sayang kat mummy.

“Alhamdulillah terlalu banyak yang Allah permudahkan urusan perjalanan mummy untuk menjadi sebahagian dari hidup daddy & anak-anak, syukur

“Doakan mummy mampu buat yang terbaik dan Allah sentiasa menjaga hati mummy utk tetap menjadi orang yang sama dari awalnya dan kekal dengan kasih sayang begini sehingga ke akhirnya.


Menyedari ucapan menyentuh hati itu, Shuib tampil meluahkan rasa sayang dan cintanya terhadap isterinya di ruangan komen.

“I love you,” komennya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut juga telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya tersentuh dengan bait katanya.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-7-2023 11:57 AM
Bila la nak habis cerita pasal pasangan basi dan tak herlok ni...

Quote Purplehaz 5-7-2023 01:26 PM
Lps ni startlah nari TikTok together
Quote Kangkung1M 5-7-2023 01:35 PM
Purplehaz replied at 5-7-2023 01:26 AM
Lps ni startlah nari TikTok together

You tunggu je...tak lama lagi tu.

[TikTok]7251573218526432513[/TikTok]
Quote Aneem 5-7-2023 01:42 PM
Sehari 1 episod bersama Soeb dan bini baru.
Quote Kangkung1M 6-7-2023 07:43 AM
Purplehaz replied at 5-7-2023 01:26 AM
Lps ni startlah nari TikTok together

Dah start menari di TikTok, lagu Hindustan.

[TikTok]7252312533061635330[/TikTok]
Lepas ni boleh buat kombo menari dengan Raja & Ratu Tari TikTok, Aeril Zafrel & isteri, mesti meletop.

[ig]https://www.instagram.com/reel/Ct8MzYmPSMA/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote Burong_Hantuk 6-7-2023 08:47 AM
................
Quote rosedemon 6-7-2023 09:06 AM
diamla watitekkk
Quote ..nOWa.. 6-7-2023 11:07 AM
ada soft spot watie ni..semoga bahagialah soeb dan watie
Quote seri_mawr 6-7-2023 12:00 PM
baik dak watie ni boleh melayan anak2 tiri...
bukan senang nak mesra2 dgn bukan anak sendiri.....

semoga kekal bahagia selamanya...

aku suka jek baca kisah watie n anak2 tiri dia ni...hahhaa
cuma kadang soeb mcm over..hahaha....dapat wife cantik barangkali nak banding dgn "level hensem" soed.....tu excited...

Quote nanasno 6-7-2023 12:21 PM
wawajenal dengan aeril tu sedap la jugak nak nengok menari tiktok. helok kedua nya. yang ni emmmmmmmmmmmmmmmmmmm i reserve my comment

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.041565 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top