CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makna Di Sebalik Sitism- Ciri Khas, Kualiti Dan Suara Yang Dimiliki Siti Nurhaliza Unik

5-7-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 927| Komen: 14

Siti Nurhaliza Tarudin memilih tarikh 30 Jun lalu bagi melancarkan album terbaharunya berjudul Sitism.

Album mengandungi lapan lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau 'deluxe album' sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal.


Foto: IG

Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi dan hala tuju album.

Penerbit dan komposer album Sitism, Aubrey Suwito sering menggunakan Sitism bagi menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurutnya, apabila Siti menyanyi, ciri khas, kualiti dan suara yang dimiliki Siti unik.


Menurut Siti, Sitism bertepatan dengan judul album kerana selama 27 tahun bergiat dalam seni muzik, dia sudah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan ciri beliau yang tersendiri.

Tambahnya, album Sitism adalah dirinya sendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi imej, lirik dan persembahannya.


Menariknya, fokus Siti adalah untuk membolehkan peminat mendengarkan lagu terbabit terdahulu sebelum penambahan empat lagu lagi dan ia menjadi istimewa apabila dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan digital.

Dalam pada itu, Siti mempertaruhkan lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi yang berjudul Romansa Kita menerusi album ini.

Katanya, Romansa Kita mengangkat tema kehebatan kisah percintaan yang berawal dengan sekadar impian namun menjadi kenyataan apabila sepasang individu tekad untuk bersama hingga ke akhir hayat.


Selain Romansa Kita, lagu lain yang terdapat dalam album ini adalah Menyapa dunia, Tanpa Dirimu, Sahabat Matahari, Ganti, Teratas, Menjaga Cintamu dan Magis.

Lagu terbabit dihasilkan daripada komposer dan ciptaan lirik oleh penyanyi-penyanyi tersohor antaranya Melly Goeslaw, Tomok, Rudy Nastia, Nuha Nik, Mas Dewangga dan Jova Devito.

Album Sitism diterbitkan oleh Universal Music Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 5-7-2023 11:30 AM
Dengan imej macam ni, ingatkan lagu fast track techno club
Quote bbi25 5-7-2023 11:49 AM
NICE la sitism
Quote Janetnasuha 5-7-2023 11:52 AM
Rasa geram tgk headphone tu. Photoshop kan? Nampak mcm tak real terletak helok.
Quote Janetnasuha 5-7-2023 11:54 AM
Cuba rekemen kan kat i album melayu yang modern ballad? I is tak suka lagu2 ballad melayu yg mcm hmmm. Kenapa takde org buat mcm album TS Folklore & Evermore?
Quote dudaberhias 5-7-2023 11:55 AM
Maksud Sitism tu kan Kesitian

Iols dah dengar seluruh album dekat Spotify....

Takde satu pun lagu yang memoreable...

Tapi kalau tokti buat konsert nanti pondan2 rambut takde zoners mesti terloncat2 dekat lagu tu siap menari out of sync... Dah macam kena siram air coway panas oleh si bainon...

Quote Janetnasuha 5-7-2023 11:55 AM
Kalau retis lelaki i suka album Aizat Amdan dan Faizal Tahir. Nampak international gituh
Quote zuriey 5-7-2023 12:40 PM
Tak sedap pun lagu nya hampir2 aku terkena strok haba tadi dgr sora mek iti
Quote makneng 5-7-2023 04:31 PM
Dah dengar semua track dlm Sitism ni…mak rasa mcm nak unsubscribe spotify je. Mak rasa better ManifestaSITI2020.
Lepas habis all songs dlm Sitism, autoplay lagu arwah Siti Sarah - Saat Hilang Cintamu…lagu arwah ni lebih diingati and sedap didengar.
Mak nak try dgr for second round. Tu pun kalau ada kekuatan yach
Quote makneng 5-7-2023 04:32 PM
Themilo replied at 5-7-2023 11:30 AM
Dengan imej macam ni, ingatkan lagu fast track techno club

Hurm…lagu2 leman je uolls
Quote Themilo 6-7-2023 07:31 AM
makneng replied at 5-7-2023 08:32 AM
Hurm…lagu2 leman je uolls

awas uols, nanti jangan viral macam forumer otai & lejen, bonda puteh kundor & kak wan lebor
Quote rosedemon 6-7-2023 09:05 AM
apa2 lah mak itii watevahhh
Quote dekmieDandy 6-7-2023 09:08 AM
Janetnasuha replied at 5-7-2023 11:52 AM
Rasa geram tgk headphone tu. Photoshop kan? Nampak mcm tak real terletak helok.

itu photoshop + AI

huptodate katanya
Quote Buritan 6-7-2023 09:09 AM
dudaberhias replied at 5-7-2023 11:55 AM
Maksud Sitism tu kan Kesitian

Iols dah dengar seluruh album dekat Spotify....

Tak sedap ke bang dude.. tp mmg lagu CT lopes lagu cintaku bkn diatas kertas tuu mmg haukkkkkkkkkkkk.. kalo dulu gigih aku pi pasar mlm beli CD cetak rompak.. hahahaha.. nak beli Orii tak berduit..
Quote dekmieDandy 6-7-2023 09:09 AM
Janetnasuha replied at 5-7-2023 11:54 AM
Cuba rekemen kan kat i album melayu yang modern ballad? I is tak suka lagu2 ballad melayu yg mcm hmm ...

tanpa dirimu dengan romansa kita

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.071375 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top