CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

YouTuber Buat Laporan Polis Dakwa Pemimpin PAS Ambil Video Tanpa Kebenaran, Beri Gambaran Salah

5-7-2023 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 578| Komen: 5

Kesal videonya diambil tanpa kebenaran oleh Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari dan memberi gambaran salah terhadap salah satu videonya, YouTuber Tang Qi Yau membuat laporan polis.

Pemilik saluran Youtube “Ah Yau Talks Politics” itu turut menyuarakan kebimbangan yang ia boleh menyebabkan dia dianggap sebagai penyokong PN.


Pada 1 Julai lalu, Tang memuat naik video dia menjalankan tinjauan dengan orang Melayu di Rembau, Negeri Sembilan berhubung peluang Umno dalam PRN nanti.


MalaysiaKini

Dalam laporan polisnya, dia berkata pada jam dua petang Isnin lalu, dia mendapati Fadhli telah menyiarkan semula video tersebut tanpa kebenarannya.

"Dia telah menggunakan video saya dengan menggunakan kapsyen seperti mempromosi (PN) dan menyebabkan saya bimbang sekiranya beberapa individu salah faham terhadap video tersebut.

"Tujuan laporan polis dibuat untuk menegaskan video tersebut telah disiarkan tanpa kebenaran saya dan untuk rujukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini.


Laporan itu dibuat di balai polis Kajang semalam.

Tang turut memuat naik video pendek menggesa Fadhli untuk menurunkan video tersebut di TikTok dan Facebook.

"Saya tak mahu hal ini timbulkan lebih banyak isu nanti.

"Saya tak tolak ambil tindakan undang-undang; semuanya bergantung sama ada YB ini (Fadhli) turunkan video atau tidak," katanya lagi.



Tang berkata Fadhli bukan saja melanggar hak ciptanya selaku pencipta kandungan, tetapi tindakannya itu tidak menghormati pencipta kandungan.

Katanya, sementara Fadhli menyiarkan video penuh berdurasi 15 minit serta pautan ke video asal di Facebook, hanya 10 minit pertama video disiarkan di TikTok.

"Ini membawa risiko jika orang hanya tonton 10 minit pertama...mereka mungkin fikir saya bekerja untuk PN. Ini sebab utama saya mahu buat laporan polis dan lindungi diri saya," katanya lagi.

Dalam video asal, ada individu yang diwawancara mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, sementara sekurang-kurangnya dua orang menyifatkan diri sebagai penyokong PN.

Namun, individu terakhir yang diwawancara menyuarakan pandangan bahawa kawasan itu adalah kawasan Umno dan undi para penyokong akan diberikan kepada Umno dan sekutu barunya, PH.



Video yang dimuat naik Fadhli di TikTok tidak termasuk lima minit terakhir, termasuk wawancara terakhir tersebut.

Dalam hantaran di Facebook, Fadhli turut berkata: "Alhamdulillah, semakin ramai yang celik mata. Insya-Allah rakyat Negeri Sembilan akan memilih PN. Terima kasih kepada saudara yang membuat liputan berbahasa Cina ini."

Setakat 12 tengah malam tadi, video di TikTok sudah diturunkan namun masih boleh ditonton di laman Facebook Fadhli.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 5-7-2023 11:07 AM
sah2 la leluhur tanah besar sokong roket..
Quote ResellerMaxis 5-7-2023 12:52 PM
[fbp]https://fb.watch/lAI9iU89OJ/?mibextid=l2pjGR[/fbp]


Share video pun nak report polis. Xnak orang share jangan jadi youtuber lah.
Quote Antifake 5-7-2023 03:21 PM
Kecoh.. buat statement dalam YouTube dah lerr. Orang lain rilek aje
Quote s@s@ 5-7-2023 04:03 PM
takut fahmi kim salam la tu....
Quote supernaturalee 5-7-2023 04:23 PM
lainnya rupa dgn copy repot dgn dlm utube

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.204372 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top