Shuib Sepahtu baru-baru ini difitnah menjadi salah seorang ahli Freemason sehinggakan didakwa mempunyai kaitan dengan kematian arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah. Susulan itu dia ada memuat naik video memaparkan momen arwah Siti Sarah berpelukan dengan anak-anak sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) serta ketika perjalanan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
Dalam rakaman tersebut, Shuib berjanji akan mencuba sedaya upaya membersihkan nama baik arwah isterinya itu. Shuib juga memohon maaf kepada arwah Siti Sarah selepas sering menjadi mangsa fitnah oleh segelintir netizen sejak kebelakangan ini. "I minta maaf sayang, orang cakap macam-macam tentang you. Orang fitnah you tentang perkara yang langsung tak masuk akal. "Insya-Allah I akan cuba sehabis baik untuk bersihkan nama you sayang.
Di akhir hantarannya itu, Shuib mendedahkan dia begitu yakin bahawa Allah S.W.T akan sentiasa bersamanya sekeluarga. Di ruangan komen rata-rata netizen menitipkan ucapan kepada Shuib untuk terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian kehidupan. Ada juga yang meluahkan kerinduan mereka terhadap arwah Siti Sarah selepas melihat beberapa momen yang dikongsikan Shuib. Malah mereka juga kagum dengan kesetiaan Shuib masih memanggil arwah dengan panggilan sayang walaupun dah ada isteri baharu. -CARI
|
Rogue98 replied at 5-7-2023 11:04 AM
Huh? Bersihkan nama Sarah? Orang kutuk soeb bukan Sarah.
Rogue98 replied at 5-7-2023 11:04 AM
Huh? Bersihkan nama Sarah? Orang kutuk soeb bukan Sarah.
3chanceno replied at 5-7-2023 11:17 AM
Meols pun faham cam gini jugak Apahal yang nak bersihkan nama arwah pulak?
Entahlah agaknya ...
ADVERTISEMENT