CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lelaki Tak Malu Diejek Rakan Tolong Ibu Jual Bengkung

5-7-2023 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 483| Komen: 3

Tidak seperti rakan seusianya sedang gembira bermain, remaja ini menggalas tanggungjawab besar sebagai anak lelaki.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Amira Mohamad Yusof berkata, anak sulungnya, Muhammad Danish, 14, banyak membantu dalam urusan seharian sejak berusia 8 tahun iaitu selepas dia dan bekas suami bercerai pada 2016.


Menyedari ibunya berdepan kesukaran untuk membesarkan dia dan adiknya Raisha Sofia, remaja itu aktif menghasilkan content berkaitan bengkung.



Sejak 2019, pelbagai kandungan berkaitan bengkung dihasilkan demi membantu perniagaan ibunya sehingga mendapat perhatian warga maya.

“Danish membuatkan saya pilu... dia pernah cakap nak sama-sama buat content jual bengkung. Dia tak rasa segan jika diejek rakan sebab tak mahu saya susah atau penat sendirian.

“Semasa penceraian berlaku, Danish tidak pernah tanya kenapa papanya dah tak duduk sekali dengan kami... dia seolah memahami yang sepanjang perkahwinan mama dan papanya tidak bahagia.


“Sepanjang proses membesar, Danish selalu dengan saya ke mana-mana sahaja,” ujarnya yang turut berkhidmat sebagai anggota polis.



Menurut Amira, 38, penceraian yang berlaku membuatkan Danish lebih matang berbanding usianya.

“Dia banyak membantu saya daripada segi pengurusan rumah tangga dan menjaga Raisha. Lagipun saya susah pada masa tu, kenderaan pun tiada.

"Alhamdulillah selepas berjaya beli kereta, saya buat kerja sambilan sebagai pemandu e-hailing supaya dapat tanggung kos perbelanjaan harian,” luahnya lagi.

Tidak hanyut dengan kesukaran yang dialami, dia bangkit merancang semula kehidupan bersama anak-anak pada 2018.

“Saya mula berniaga bengkung jenama Daisya semasa usia Danish 10 tahun. Dia saksi segala tekanan yang saya hadapi... setiap kali nak buat content, dia akan hadir bersama untuk memberi idea.

“Alhamdulillah semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun 2021, semasa Danish tak sekolah, dia ada lebih banyak masa bersama saya untuk fikirkan idea content di TikTok sehingga berjaya fyp (for your page).



“Pada masa tu, rezeki banyak masuk... ramai orang beli bengkung dan Danish menjadi lebih bersemangat untuk bantu saya,” imbaunya yang turut memberikan Danish iPhone sebagai reward.

Berpegang pada prinsip memerah keringat, Nur Amira sentiasa menerapkan semangat kepada anak-anaknya supaya tidak mengharap belas ihsan orang lain meskipun terpaksa tinggal di bawah jambatan.

Berkongsi tentang bengkung Daisya, ujarnya yang mesra disapa Mira, ia adalah gabungan nama kedua-dia anaknya.

“Awal bisnes memang untung sekadar lepas duit minyak kereta sahaja. Tapi selepas empat tahun beroperasi, jumlah bengkung yang dijual menghampiri 50,000 helai.

“Sekarang syarikat sudah mempunyai modal untuk membuka perniagaan makanan dan saya telah membina food trailer di Port Dickson,” katanya lagi.

Sasaran tiga tahun akan datang pula, dia berharap dapat membuka banyak francais food trailer HanynasXDaisya Kitchen di seluruh Malaysia di samping restoran di Mekah atau Madinah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 5-7-2023 10:30 AM
Comelnya adik ni. Jaga mak baik2 ye
Quote koko12 5-7-2023 11:01 AM
abang boleh tolong adik jual bengkong jugak ehehe.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:56 AM
bgs dik tlg mama berniaga.. smoga dipermudahkan urusan sllu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072612 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top