CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembang Tekak, Pengotor Tahan Apa Ni? Nasi Lemak Daun Pisang Lauk Ada Bangkai Cicak, Beli Di Gerai Tepi Jalan KL

5-7-2023 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 916| Komen: 7

Seorang individu menundang rasa mual dan jijik orang ramai selepas memaparkan nasi lemak daun pisang yang dibelinya.

Bukan dilengakapi sambal ikan bilis atau lauk lain macam biasa, sebaliknya terdapat seekor cicak di dalam bungkusan tersebut.




Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok, jelas kelihatan bangkai seekor cicak yang terkulai di atas nasi lemak yang disiram dengan sambal.

"Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat? Ini pengotor tahap apa ni... Cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak ni. Hilang selera makan aku!" tulisnya.

Menurut individu berkenaan, nasi lemak tersebut dibeli dari gerai penjaja di tepi jalan yang dipercayai terletak di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.


Kecewa dengan tahap kebersihan pengendalian makanan oleh penjaja berkenaan, individu tersebut mengakui insiden itu membuatkan dia fobia.

"Sebelum makan check la dulu ya. Fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan. Pengotor gila," luahnya lagi.

Rata-ratanya bukan sahaja meluahkan rasa geli-geleman, namun dalam masa yang sama melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir peniaga makanan yang mengambil remeh soal kebersihan.

"Bayangkan kalau dah terkunyah... lunyai dalam mulut tinggal nak telan je.

"Ingatkan ikan bilis. Dia bungkus nasi lemak tu sambil tidur ke?

"Ini mesti masak lauk lepas tu biar atas dapur tak tutup kuali atau periuk.

"Kalau aku tak pakai cermin mata memang naya... berjoget cicak dalam perut," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 5-7-2023 11:01 AM
dah bungkus ak tutup

Quote TomyamPuteh 5-7-2023 12:53 PM
Dkt umah aku ni. Dpn BSN. Dia jual sekali dgn kuih2 yg siap packing. Tukang jual tu montel2. Aku tak pernah beli la tapi.
Quote Simunggu 5-7-2023 03:16 PM
tu yg sedap tu sebenarnya...Thailand/ China org makan cicak ni
Quote rosedemon 6-7-2023 08:46 AM
bodonya kalau aku tramu setahun xmkn cik mak
Quote glump 6-7-2023 08:58 AM
Banyak sekarang jual makanan konsep vedor..x tau kat mn asal tempat penyediaan makanan ..,keberaihan ..org tengok packaging lawa beli..hakikatnya masak tepi longkang je pun.
Quote shi_jewel 6-7-2023 09:01 AM
cicak tu mesti lemas dalam sambal nasi lemak. maksudnya, sambal nasi lemak secara keseluruhannya telah tercemar....
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:20 AM
knpa la pengotor sgt ni uwekkkkk!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047675 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top