LONDON – Seorang pakar di Britain memberi amaran bahawa tahap kecerdasan otak (IQ) manusia semakin berkurang sejak 50 tahun lalu. Bukan itu sahaja, saiznya juga kian mengecil disebabkan diet pemakanan tidak seimbang.
Daily Star melaporkan, Pengarah Institut Kimia Otak dan Pemakanan Manusia Britain, Profesor Michael Crawford berkata, penurunan kadar IQ berisiko mencetuskan situasi berbahaya sehingga mampu membawa malapetaka kepada umat manusia. Menurut beliau, keadaan itu berlaku sebahagian besarnya akibat kegagalan manusia untuk makan minyak ikan yang mencukupi. “IQ manusia telah berkurang sejak 1970 dan ia bukan sesuatu yang lucu kerana jika berterusan, ia berisiko membawa malapetaka besar-besaran. “Penyebab kepada keadaan ini adalah kepentingan zat makanan yang tidak diberi perhatian,” katanya dalam satu webinar anjuran Yayasan Makanan untuk Otak di Britain baru-baru ini.
Tambah Crawford, tidak ada kerajaan yang mempunyai sebarang cadangan bernas berkenaan otak manusia kerana ia adalah berkaitan pertumbuhan badan manusia. Menurutnya, saiz otak manusia moden secara purata kini sekitar 17 peratus lebih kecil berbanding organ ketika zaman nenek moyang dahulu. “Bukan sekadar IQ yang berkurang, bahkan terdapat bukti yang sangat baik tentang pengecutan saiz otak. “Apa yang dipertaruhkan adalah masa depan anak-anak kita dan anak-anak mereka,” jelasnya. Satu kajian berskala besar yang dijalankan oleh institut tersebut di Indonesia mendapati hampir dua juta kanak-kanak mengalami masalah perkembangan mental, namun keadaan tersebut tidak berlaku di perkampungan nelayan. Crawford berkata, ia membuktikan bahawa adalah penting untuk wanita mengekalkan diet marin yang kaya dengan omega-3, yang boleh membantu perkembangan otak bayi menerusi susu ibu. Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan mesti diambil dalam diet harian. Secara amnya, omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan serta mampu mencegah beberapa jenis kanser. Ia juga boleh didapati daripada pelbagai sumber sama ada haiwan atau tumbuhan, namun omega-3 paling kaya dalam sumber ikan laut dalam seperti ikan tuna, parang, sardin, kembung dan bilis. –CARI Sumber: Kosmo
|
green~tea replied at 5-7-2023 10:07 AM
Sobak tu Oghe kato makey budu utk jadi genius.. mung tok ccayo!!!!
CariMalay replied at 4-7-2023 07:00 PM
Ikan mengandungi omega 3 dan 6 yang jauh melebihi kebanyakan makanan dan sebab tu ikan mampu tingkat ...
Dwdrum replied at 5-7-2023 11:05 AM
Ko merepek apa ini.... Gigih pula aku baca sampai habis
CariMalay replied at 4-7-2023 07:10 PM
@Dwdrum ikan ada omega 3 dan omega 6 yang mampu tingkatkan IQ. Penjelasan simple cam ni pun kadang2 ...
Dwdrum replied at 5-7-2023 11:19 AM
Dan walaupun limit tu mampu dinaikkan, tapi kenaikan yang mampu dinaikkan tu tetap ada batasnya. G ...
CariMalay replied at 5-7-2023 11:00 AM
Ikan mengandungi omega 3 dan 6 yang jauh melebihi kebanyakan makanan dan sebab tu ikan mampu tingkat ...
Jitu replied at 5-7-2023 04:42 PM
tu la bebudak skrg ni gemar mkn ayam
takde ayam tak nak mkn nasi
CiliPadiSedap replied at 5-7-2023 04:35 PM
Sumpahan ikan asdan
pooh~key replied at 5-7-2023 05:01 PM
Ayam pun ada omega 3 fat sissy. Yang jadi kesalahan bebudak adalah kuat makan jajan sis. Bila dah ...
ADVERTISEMENT