CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Wanita Rusia Dibelasah Teruk Di Chechnya, Rambut Dicukur Dan Disimbah Cat

5-7-2023 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 498| Komen: 1

Wartawan penyiasat terkenal Rusia, Elena Milashina yang tiba ke Chechnya pada Selasa dibelasah teruk oleh sekumpulan penyerang bersenjata.

Media antarabangsa melaporkan Milashina dipaksa keluar dari kenderaan dinaikinya sebelum dibelasah dengan paip plastik selain rambutnya dicukur dan tubuhnya disimbah cat bewarna hijau tidak jauh dari lapangan terbang.


Turut menjadi mangsa kekejaman itu ialah peguam yang menemaninya, Alexander Nemov.


Firstpost

"Jari-jari Elena Milashina patah dan ada masanya dia tidak sedarkan diri. Malah, seluruh badannya turut lebam," kata kumpulan hak asasi manusia, Memorial dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial.

Insiden itu berlaku pada awal pagi ketika Milashina dan Nemov dalam perjalanan dari lapangan terbang untuk hadir ke mahkamah yang akan menjatuhkan hukuman terhadap seorang aktivis hak asasi manusia di Grozny


"Mereka dibelasah termasuk di muka dan turut menerima ugutan bunuh selain diugut dengan pistol yang diacukan ke kepala. Peralatan dibawa mereka turut dirampas dan dimusnahkan," kata kumpulan berkenaan lagi.

Majikan dan syarikat penerbitan Milahshina bekerja, Novaya Gazeta turut mengesahkan kejadian itu.

Kata Novaya Gazeta, Milashina dan Nemov kini berada di hospital di ibu kota Chechen, Grozny.

Novaya Gazeta turut memaklumkan, Milashina berada di Grozny untuk menghadiri perbicaraan hukuman terhadap Zarema Musayeva iaitu ibu kepada tiga anak yang dibuang negeri susulan kritikannya terhadap pemimpin berpengaruh Chechnya, Ramzan Kadyrov.


Milashina dan Nemov dalam perjalanan dari lapangan terbang ketika diserang - CNN

Musayeva ditahan tentera Chechnya pada Januari tahun lalu di Nizhny Novgorod, sebuah bandar yang letaknya kira-kira 1,800 kilometer (1,120 batu) di utara Chechnya.

Sementara itu, pada Februari lalu, Novaya Gazeta berkata, Milashina terpaksa meninggalkan Russia buat sementara waktu selepas menerima ugutan bunuh daripada kepimpinan Chechnya.

Milashina sebelum ini membuat liputan mengenai pencabulan hak di Chechnya untuk akhbar itu selama bertahun-tahun.

Novaya Gazeta pernah memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2021.

Sejak tahun 2000, enam wartawan dan penyumbang Novaya Gazeta terbunuh, termasuk seorang wartawan penyiasat, Anna Politkovskaya.

Akhbar berkenaan memberi tumpuan kepada pencabulan hak di Chechnya dan Milashina dilaporkan mengikut jejak langkah Politkovskaya yang ditembak mati pada 2006.

Milashina juga dikenali sebagai wartawan yang lantang dan berani mengkritik dasar Kremlin di Chechnya. 


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cle256 12-8-2023 06:37 PM
Semoga mendapat keadilan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040131 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top