CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Kepala Air Jeram Mawar-Tujuh Beranak Selamat Dikebumikan, 2 Lagi Masih Hilang

5-7-2023 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 989| Komen: 6

Tujuh beranak yang ditemukan mati lemas di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu selamat dikebumikan.

Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang kira-kira pukul 11.50 malam, Selasa.


Mereka adalah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Foto: mStar

Dianggarkan lebih 200 ahli keluarga, saudara, rakan serta penduduk Felda Lepar Hilir 3 hadir ke majlis pengebumian terbabit.

Sebelum itu tujuh van jenazah bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira pukul 6.30 petang Selasa dengan diiringi kereta peronda polis.

Jenazah tujuh beranak tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 dari Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 10.02 malam.


Setakat ini, mayat seorang lagi anak pasangan itu, Putri Alleya Maisarah, 16 ditemukan pada jam 3 petang Selasa.

Dua yang masih belum ditemui adalah Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 5-7-2023 11:55 AM
Sedihnya ya Allah
Quote noor2 5-7-2023 12:00 PM
Family ni terus lenyap x de keturunan dah.....hanya tinggal rumah..
Quote afie_m 5-7-2023 12:02 PM
sedihnya..moga dipermudahkan urusan mencari  ahli keluarga yg masih
hilang..
Quote Cik_Andak 5-7-2023 12:23 PM
Sedihnya....Salam Takziah untuk keluarga mangsa.moga mangsa yg belum jumpa tu dapat dijumpai segera.
Quote Miss.Rara 5-7-2023 04:17 PM
anak beranak nie total ada berapa org? anak pempuan semua nama putri.. ada yang nama bapak lain tu anak sapa pulak?
Quote rosedemon 6-7-2023 08:45 AM
Miss.Rara: anak beranak nie total ada berapa org? anak pempuan semua nama putri.. ada yang nama bapak lain tu anak sapa pulak?



total 9 orang anak beranak. yg sorang bapak lain tu bakal menantunya. dah tunang nak kahwin ujung tahun katanya. ksian tak ksampaian

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.191835 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top