Polis yang menyerbu sebuah pusat hiburan di Langkawi kerana beroperasi lebih masa minggu lalu, turut memeriksa anak lelaki seorang menteri berusia 35 tahun. Difahamkan, lelaki itu baru tiba dari Pulau Pinang dan berkunjung ke pusat hiburan terbabit, namun dia tidak ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.
Media sosial sebelum ini memuat naik laporan polis mendakwa anak seorang menteri antara yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan serbuan jam 2 pagi 29 Jun lalu. "Satu pemeriksaan dibuat di satu pusat hiburan di Kuah yang beroperasi lebih masa. "Di dalam pemeriksaan itu dua lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah, namun mereka tiada kaitan dengan mana-mana ahli politik.
"Saringan air kencing ke atas pengunjung lain adalah negatif dan mereka tidak ditahan di lokap," katanya. Sumber: Harian Metro
|
BeskotCekelat: Dulu ada kes anak menteri sang ...
BeskotCekelat replied at 5-7-2023 10:08 AM
Dulu ada kes anak menteri sangkut air kencing positif dadah. Tapi hujung2 lepas jugak
bakingsoda replied at 5-7-2023 11:34 AM
kalau kes yg ko cite tu anak mat sabu, yg ni pon org sama la. nama dah ada kat tele es banyak hari ...
brego replied at 5-7-2023 03:34 PM
berani ka gomen nak tahan,
kejap lagi datang menteri bang non,
serang polis yg tengah buat keje,
ina_na replied at 5-7-2023 11:41 AM
Sape weiii..mesti lps nye la kalo Pak menteri under yg memerintah..mcm dah jd kebiasaan pulak..dl sb ...
seripahzeripah replied at 5-7-2023 03:26 PM
Tpi mcm ada seorang bekas menteri tu..dia sendiri yg call adk..suruh tangkap anak and hntr rehab..
ifanonline replied at 5-7-2023 05:14 PM
dulu ada menteri raba punggung pelayan...arwah dah menteri tu
chiyoasuka replied at 1-8-2023 06:44 AM
siapakahh menteri itu?
ADVERTISEMENT