Ibu Shuib, Salamiah Jalani memuat naik hantaran berbentuk nasihat terhadap warganet yang mengkritik rumah tangga kepada pelawak dan usahawan itu. Menerusi hantaran berkenaan, Salamiah menyatakan mana-mana individu yang tidak suka akan keluarganya tidak perlu untuk meninggalkan komen-komen yang berbentuk negatif.
“Yang mana tak suka saya benci dengan family saya sila ignore je scroll laju-laju ok. Saya tak perlukan komen-komen sampah dari orang-orang yang busuk hati. “Yang ada sifat PHD lagi pun saya bukan artis saya tak perlukan orang like orang follow saya semata-mata nak cipta fitnah,” ujarnya. Susulan itu, Salamiah menasihati warganet untuk mendoakan yang baik-baik antara satu sama lain. Malah, sempat mengingatkan orang ramai untuk mendidik dan menjaga keluarga sendiri sebelum menilai keluarga orang lain.
Dia juga menasihati semua yang masih hidup kena saling mendoakan yang baik-baik antara satu sama lain. Dalam masa sama, Salamiah memohon kemaafan seandainya ada yang terkesan dengan hantarannya itu. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT