CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggap Bini Mesin Buat Anak Sampai Dapat Zuriat Lelaki, Isteri Minta Cerai Tak Sanggup Dipaksa Hamil

5-7-2023 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 350| Komen: 1

Wanita yang 'dipaksa' suami untuk hamil sehingga mendapat anak lelaki memfailkan penceraian.

Bagaimanapun permohonannya ditolak mahkamah dan situasi berkenaan mencetuskan kemarahan netizen.



Wanita bernama Xiong memfailkan penceraian terhadap suaminya kerana 'dipaksa' untuk hamil sehingga mendapat anak lelaki. -Gambar Baidu/SCMP

Wanita yang hanya dikenali sebagai Xiong berkahwin dengan seorang lelaki bernama Ou pada 2015.

Sebelum secara rasmi berkahwin, mereka berdua sudah mempunyai empat anak perempuan, dan kemudian mereka dikurniakan sepasang kembar yang mana kedua-duanya juga perempuan.

Xiong banyak menguruskan perihal enam anak perempuannya seorang diri tanpa bantuan si suami, menyebabkan dia kepenatan dan enggan hamil lagi.

Namun, hasrat Xiong dibantah Ou yang tetap mahukan anak lelaki.

Xiong terkejut dan tidak menyangka suaminya melihat dirinya tidak lebih daripada 'mesin pembuat bayi'.


Wanita yang berasal dari Hunan, China itu kemudian 'lari' ke rumah ibu bapanya meninggalkan Ou dan enam anaknya pada 2019.

Pada Jun lalu, dia memfailkan penceraian atas alasan perkahwinannya gagal.

Bagaimanapun semasa perbicaraan, permohonan Xiong ditolak oleh hakim malah dia dipersalahkan kerana gagal memainkan peranan sebagai seorang ibu.

Hakim juga mendakwa Xiong tidak dapat membuktikan perkahwinannya gagal.

Mahkamah kemudian memerintahkan Xiong kembali kepada keluarganya dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.

Kisah Xiong menjadi tular dan mencetuskan kritikan hebat di media sosial China dengan warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idril 5-7-2023 08:41 AM
ingatkan china ada policy 1 family limit anak 2 org ke berapa tah. camner yg ni boleh lepas? ke dah xde policy tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.124791 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top