CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vida Ada Pesaing Beli Kelantan FC

5-7-2023 12:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 826| Komen: 9

Kuala Lumpur: Datuk Seri Vida tampak perlu memasuki gelanggang 'pertarungan' dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan kelab bola sepak Kelantan (Kelantan FC).

Ia selepas pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan bahawa terdapat seorang lagi usahawan yang berminat untuk mengambil alih The Red Warriors (TRW).


Lebih menarik apabila difahamkan individu berkenaan juga adalah usahawan dari Kelantan, namun Norizam enggan mendedahkan nama individu terbabit kerana perkara itu masih dalam perbincangan.


Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjelaskan bahawa setakat ini belum ada apa-apa keputusan yang dicapai sama ada dengan individu terbabit mahu pun dengan Vida.

Beliau turut mengesahkan bahawa sudah menerima surat daripada Vida untuk mengadakan pertemuan dalam usaha ke arah membincangkan soal pengambilalihan kelab Pantai Timur itu.

"Memang betul Datuk Seri Vida sudah hantar surat kepada saya, tetapi belum ada keputusan. Beliau hantar surat untuk perjumpaan pengambilalihan. Sekarang ada dua orang yang hantar, satu usahawan dan Datuk Seri Vida," katanya kepada BH Sukan.

Zamsaham sebelum ini meminta Datuk Seri Vida mengemukakan surat rasmi kepada pihaknya jika usahawan kosmetik itu benar-benar serius mahu mengambil alih Kelantan FC.

Selain itu, Zamsaham menafikan beberapa dakwaan bahawa beliau sudah melepaskan kelab itu kepada pemilik baharu.

"Ia masih dalam perbincangan dan saya masih pemegang saham terbesar serta pemilik Kelantan FC. Tiada apa-apa keputusan dicapai setakat ini.

"Sekarang ini ramai yang cerita saya sudah lepaskan Kelantan FC. Tak ada, hanya (terima) surat ingin berjumpa. Tiada istilah saya sudah melepaskan (kelab)," katanya.

Sementara itu, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman menjelaskan bahawa dia ketika ini hanya menunggu maklum balas daripada Zamsaham.

"Saya sudah kemukakan surat kepada Norizam dan sedang menunggu maklum balas dari beliau untuk mengadakan perjumpaan. Kita bagi kemudahan kepada beliau, tak kisah di mana dan bila tarikh beliau boleh jumpa," kata Vida.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 5-7-2023 05:22 AM
Nak tanya OT sikit...memang macam tu ke perempuan pakai tudung supaya muka  nampak tirus?
Quote adizero11 5-7-2023 07:54 AM
Biasalah buat rumours nk bg harga naik bila nk jual..Zambual..
Quote Antifake 5-7-2023 03:44 PM
Ada ke yang nak beli gak? DSV ni kesian depa x da gaji.. tetiba ada yg sanggup nak beli
Quote sufi^_^ 5-7-2023 03:47 PM
imransulaiman replied at 4-7-2023 09:22 PM
Nak tanya OT sikit...memang macam tu ke perempuan pakai tudung supaya muka  nampak tirus?

Tetap nampak tembun, tak menirus pun.



Quote ifanonline 5-7-2023 03:51 PM
di malaysia ni hanya kerabat dpt manage team bola dgn baik, sebab sumber kewangan yg besar...billionaire malaysia pun tak berminat melabur dlm team tempatan sebab management tak bagus...

Setakat ni JDT dan Selangor antara kelab yg terbaik dr segi pengurusan

jutawan malaysia dlm tiktok tunjuk lambo, duit, sewa jet di tiktok tu semuanya scammer
Quote imransulaiman 5-7-2023 05:18 PM
sufi^_^ replied at 5-7-2023 03:47 PM
Tetap nampak tembun, tak menirus pun.

Miahahahahaha..! Maaf...saya tergelak
Quote matseh 5-7-2023 05:22 PM
Buang masa saja nk beli klab bola ni. Overhead tinggi income ciput.
Quote Kitty_catz 5-7-2023 07:10 PM
bak kata diva AA

2 x 5

5 x vavi je noksss
Quote kitmal 5-7-2023 08:16 PM
matseh replied at 5-7-2023 05:22 PM
Buang masa saja nk beli klab bola ni. Overhead tinggi income ciput.

setuju..tambah lagi kalau yang sakit

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.055540 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top