Polis menafikan terdapat anak seorang ahli politik kanan ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Langkawi, Kedah minggu lepas.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari mengesahkan terdapat serbuan dibuat.
“Dalam pemeriksaan tersebut dua orang lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah dan dua lelaki tempatan ini tiada hubungan keluarga dengan mana-mana ahli politik di Malaysia. “Saringan air kencing ke atas lain - lain pengunjung adalah negatif dan mereka tidak ditahan di lokap,” katanya. Dia tidak mengulas soalan sama ada anak menteri turut terlibat.
Penjelasan itu dibuat selepas media sosial Edisi Siasat memuat naik dakwaan laporan polis mendakwa anak seorang menteri antara yang ditahan.
Edisi Siasat mendakwa ia adalah platform pembocor maklumat berkaitan hal ehwal pasukan polis.
Dakwaan itu antaranya menyebut anak lelaki menteri berumur 34 tahun dan tiga individu lagi berada dalam bilik orang kenamaan (VIP), tempat polis menjumpai ganja dan kokain.
Malaysiakini telah menghubungi ahli politik Pakatan Harapan (PH) itu dan sedang menunggu maklum balasnya. Sumber: Malaysiakini
|
MissYouSayang replied at 5-7-2023 08:19 AM
Tgk kat tele ES mcm ada kaitan dgn muntri mah bughit
areyam replied at 5-7-2023 08:54 AM
x paham yg ni...ES tu apa ya
mah bu***?
MissYouSayang replied at 5-7-2023 10:35 AM
-Edisi Sias*t
-gosip lama m*t s*bu main b*ghit norm*h dlm fon
MissYouSayang replied at 5-7-2023 08:19 AM
Tgk kat tele ES mcm ada kaitan dgn muntri mah bughit
s@s@ replied at 5-7-2023 11:17 AM
kalau yang tu, dulu pun pernah ada kes kan
MissYouSayang replied at 5-7-2023 10:35 AM
-Edisi Sias*t
-gosip lama m*t s*bu main b*ghit norm*h dlm fon
prettyuglybabe replied at 5-7-2023 10:43 AM
yang mana satu?
gigih i baca panjang-panjang tu..
ikut nama 2 je laki melayu..
MissYouSayang replied at 5-7-2023 08:19 AM
Tgk kat tele ES mcm ada kaitan dgn muntri mah bughit
ADVERTISEMENT