CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taliban Tegah Salun Kecantikan Beroperasi Di Afghanistan

4-7-2023 10:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 536| Komen: 4

Kabul: Taliban melarang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini, menurut Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Afghanistan.

"Pengoperasian salun kecantikan wanita di Kabul dan wilayah-wilayah lain di negara itu akan dilarang dalam tempoh tertentu, lesen dan kontrak yang dikeluarkan adalah tidak sah," memetik surat kementerian yang dihantar kepada pentadbiran Kabul.


Dua wanita berjalan di depan sebuah salun di Shahr-e Naw, Kabul. Taliban hari ini melarang operasi salun kecantikan di Afghanistan dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini. - Foto AFP

Beberapa wanita Afghanistan memberitahu Sputnik bahawa mereka bekerja di salun kecantikan untuk menyara keluarga kerana suami mereka menganggur.

Seorang lagi wanita yang menjalankan salun kecantikan menyeru pentadbiran Taliban supaya mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk lelaki.

Sputnik menghubungi wakil pentadbiran Kabul, namun pegawai itu tidak dapat memberikan sebarang maklumat khusus mengenai perkara berkenaan.

Taliban menyekat hak wanita untuk mengembara, belajar dan bekerja sejak ia menguasai Afghanistan pada Ogos 2021, berikutan pengunduran tentera asing dan kejatuhan kerajaan yang disokong Amerika Syarikat.

Pada Disember 2022, wanita Afghanistan dilarang bekerja untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO).


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 4-7-2023 10:31 PM
Well honestly.. all beauty salon tak penting dan tak perlu wujud pun...

Sama je muka buat facial or not

Stopped going to facials dah 12 tahun.... sama je muka amek pakej kecantikan or not.. semua tu menipu hahahahaha
Quote hayrin86 5-7-2023 09:38 AM
Lebih baik haramkan dahulu apa jua sambutan yang tidak relevan dengan warga bumi macam Hari Wanita, Hari Ibu dan Hari Bapa serta Hari Pekerja..
Quote krustykrab 5-7-2023 09:43 AM
Dah tu bisnes apa je yg blh buat kt sana? Itu tk leh ini tk leh. Susah sgt gomen taliban je la tanggung hidup rakyat. Biar rakyat duduk rumah tumpu pd ibadat je.
Quote zuriey 5-7-2023 12:54 PM
jate sskjp sama mcm laki afghan lah kan
Laki mengganggur bini yg menghambakan diri bekerja [em:3:]

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.111775 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top