CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Pengedar Pil Kuda Tanam Pistol Di Halaman Rumah

4-7-2023 10:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 323| Komen: 1

Kota Bharu: Sepasang suami isteri yang terlibat dengan kegiatan pengedaran sebanyak 5,770 biji pil kuda bernilai RM63,470 dicekup selepas kereta yang dinaiki mereka ditahan di Kampung Sering, Tok Ku di sini semalam.


Kereta yang dinaiki lelaki berusia 27 tahun bersama isterinya berusia 33 tahun yang merupakan warganegara Thailand itu ditahan kira-kira pukul 11.10 malam.

Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN / KOSMO!

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anggota polis menjalankan pemeriksaan di dalam kereta itu sebelum menemui sebahagian pil kuda bersama kedua-dua suspek.

Menurutnya, polis kemudiaannya menjalankan serbuan di rumah suspek di kampung yang sama dan menjumpai sebahagian lagi dadah.


“Pemeriksaan di bahagian dinding konkrit di halaman rumah suspek kemudiannya menemui sepucuk Revolver .38 S&W Special CTG yang ditanam dalam tanah.

“Siasatan mendapati pasangan terbabit menggunakan pistol tersebut untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah. Senjata api itu dan kesemua dadah-dadah itu dipercayai diseludup dari Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang dianggarkan bernilai RM5,000.

Katanya, suspek lelaki direman selama tujuh hari manakala isterinya enam hari masing-masing bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:29 AM
siap ada pistol lg

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050695 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top