Pemilik akaun memuat naik video tular memaparkan sekumpulan konvoi supercar sehingga menyebabkan halangan lalu lintas di Lebuh Raya Elite baru-baru ini, disaman polis. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, video berdurasi 49 saat itu mula tular pada 2 Julai lalu.
Menurutnya, sehubungan itu, polis memanggil pemilik akaun untuk siasatan dan seterusnya mengeluar saman atas kesalahan halangan lalu lintas. "Polis menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelak kemalangan, kesesakan dan kesusahan kepada pengguna jalan raya lain. "Sebarang ketidakpatuhan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan," katanya dalam kenyataan malam ini.
BACA JUGA: 'If You Have A Dream, Jangan Susahkan Pengguna Jalan Raya Lain' - Geng Tahi Buat Hal Lagi Jadi Punca Jalan Raya Sesak Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT