CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 3 Tahun Kahwin Baru Tahu Perkahwinan Tak Sah, Adik Jadi Wali Kakak, Rupanya Anak Angkat

4-7-2023 09:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2981| Komen: 30

Seorang wanita tergamam apabila mendapati perkahwinannya selama tiga tahun tidak sah kerana tiada pertalian darah dengan wali.

Menurut perkongsian oleh Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli di laman Facebook, wanita tersebut tidak tahu statusnya sebagai anak angkat sehinggalah dibuktikan dengan ujian pengesahan DNA.


Gambar hiasan

“Wanita tersebut adalah seorang penjawat awam gred 41 yang tinggal di utara semenanjung.

“Perkahwinannya bahagia, tiada apa-apa masalah. Mereka dinikahkan oleh adik lelaki wanita tersebut,” katanya.

Menurut Fahmi, ayah wanita itu sudah lama meninggal dunia, manakala ibunya pula meninggal dunia lima tahun lalu.

“Oleh sebab itu, adiknya menjadi wali pada hari perkahwinan wanita tersebut. Satu hari, adik lelaki wanita ini berjumpa dia sambil memegang sepucuk surat tulisan tangan yang nampak seperti gaya penulisan orang lama.


“Kata wanita itu, surat tersebut menyatakan bahawa ada seorang lelaki bernama Manaf (bukan nama sebenar) menyerahkan bayi perempuan kepada bapanya kerana mereka tidak mampu untuk menjaga ramai anak,” katanya.

Jelas wanita tersebut, selama ini, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana namanya berbintikan arwah bapanya.

“Bagi mendapatkan jawapan, dia pun mengajak adik lelakinya segera ke hospital untuk membuat ujian pengesahan DNA.

“Keputusan DNA mereka negatif. Itulah bukti bahawa mereka berdua tiada pertalian darah,” katanya.

Menurut Fahmi, pernikahan antara wanita tersebut dan suami tersebut disebut Nikah Fasid yang bermaksud pernikahan mereka telah rosak pada syarat sah nikah tersebut.

“Sebabnya, wali pernikahan wanita itu adalah seorang yang tidak mempunyai pertalian darah.

“Hanya adik kandung sahaja yang layak jadi wali,” katanya.

Fahmi berpesan agar keluarga yang mengambil anak angkat bersikap telus dan berterus terang sejak anak kecil untuk mengelakkan masalah sama daripada berlaku.

“Jangan sembunyikan atau cuba nak nasabkan anak yang bukan hak kepada bapa angkat.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hudalarva 4-7-2023 10:03 PM
kesiannya.. mujurlah ada surat lama tu dan teknologi pengesanan DNA... benda dah jadi kan... so pengajarannya siapa yg nak ambil anak angkat tu, jgnlah sembunyikan status anak... myb sebab overthink or nak menjaga hati... tp itulah, backfire kemudian sebab nasab keturunan ni penting dlm agama...

belum masuk bab pembahagian faraid lagi tu... mesti diorg tengah adjust balik sebab anak angkat tak layak terima faraid
Quote Lolalala 4-7-2023 11:09 PM
Adui..kesian mereka. Takkan la mak sedara ke pak sedara ke x tahu kisah itu?
Quote sambaldurian 5-7-2023 12:12 AM
Tp ntah la aku ni bab2 agama aku x pandai. Tp x boleh pki ke adik dia mcm  'wali hakim' cara. sbb guna wali hakim kn klu wali sendiri x setuju. X pun ibarat mcm kawin siam , lari dari wali ( perkahwinan tu kn ikut nye sah). So bg aku kes kahwin ni ibarat kahwin lari siam ( sah sbb xtau wali sebenar kt mana) anggap la 2 marhalah jauh dr wali.
Quote DeLuna85 5-7-2023 12:28 AM
Masalah org2 tua. Asal ambil anak angkat mesti nak di rahsiakan dari budak tu.
Quote Sekaisilver 5-7-2023 12:33 AM
Alahai.. kesiannya..
Kiranya dorg kena akad nikah balik la ye..
Quote Carcosa 5-7-2023 12:50 AM
Edited by Carcosa at 5-7-2023 12:59 AM
sambaldurian replied at 5-7-2023 12:12 AM
Tp ntah la aku ni bab2 agama aku x pandai. Tp x boleh pki ke adik dia mcm  'wali hakim' cara. sbb gu ...


Eh ko ni, mana boleh main tukar2 dalam minda gitu je?
Masa perempuan ni nikah, adik lelaki dia jadi wali. Sebab dia dan adik dia tak tahu yg diorang ni not related sebenarnya.. So topic wali hakim tak timbul langsung masa tu.
Fast forward 3 years, baru dia tahu kan? Tak boleh lah main assume je "Hah, kira kau masa tu wali hakim aku lah ek? Ok settle" kata si perempuan.
Tak boleh babe. Sebab akad nikah dia 3 years ago tu kira invalid. Tak sah. Sbb adik dia nak diikutkan TAK BOLEH jadi wali dia. Perempuan tu mmg kena pakai wali hakim, or kena cari bapak kandung dia, or adik beradik lelaki kandung dia, or so on and so fourth.
Kalau tak jumpa sedaramara kandung, then pakai wali hakim. Pejabat Agama akan wakilkan and benda kena buat balik.

Pasal org2 yg gatal nikah kat Telen tu semua, sbb nak lari drpd bini first tau, betul tak? So utk perempuan yg nikah Telen tu, cukup umur, DAN TAHU yg diorang pakai ala2 wali hakim (versiTelen). Tak sama dgn case perempuan ni, sbb dia tak tahu langsung yg dia kena pakai wali hakim. One more thing, mana boleh Adik lelaki perempuan ni jadi wali hakim dia, babe? Wali hakim ni, org pejabat agama yg akan assign. Sebab tu ada perkataan "hakim" di situ. Bukan org2 biasa yg kita kenal boleh main sauk je jadi wali hakim ni.
Quote anony-mous 5-7-2023 01:07 AM
sambaldurian replied at 5-7-2023 12:12 AM
Tp ntah la aku ni bab2 agama aku x pandai. Tp x boleh pki ke adik dia mcm  'wali hakim' cara. sbb gu ...

Klau xpndai, kena belajar uols. Wali hakim ni dilantik bkn kita suka2 boleh pilih siapa akn jd wali hakim kita in case xjumpa ayah kandung @ ayah kandung x setuju
Quote jari10 5-7-2023 01:09 AM
Masa nak urus nikah, pejabat agama tak minta dokumen sijil lahir ke ya? Then sijil nikah emak ayah juga. Masa adik perempuan aku nak nikah dulu mmg kedua2 dokumen pejabat agama mintak utk membolehkan abang sulung aku jadi wali sbb ayah aku dah ninggal.
Quote kucingitam 5-7-2023 12:39 PM
jari10 replied at 5-7-2023 01:09 AM
Masa nak urus nikah, pejabat agama tak minta dokumen sijil lahir ke ya? Then sijil nikah emak ayah j ...

masalahnya skrg dia berbintikan bapak angkat, jadi minta sijil nikah pun takde masalah sebab nama mak pak sama. mungkin dia diberi masa baru lahir, sijil lahir pun takde..so sijil lahir dia pun nama parents angkat..mmg kes naya la..
Quote krustykrab 5-7-2023 12:44 PM
jari10 replied at 5-7-2023 01:09 AM
Masa nak urus nikah, pejabat agama tak minta dokumen sijil lahir ke ya? Then sijil nikah emak ayah j ...

Dah tukar binti ke pak angkat
Quote Nurul8001 5-7-2023 01:01 PM
Nasib baik jumpa surat tu. Kalau tak, mesti berketurunan, anak2 tak sah taraf. Nauzubillah.
Bila perkahwinan tak sah, lepas tu ada anak perempuan, bapa jadi wali, tak sah lagi, dapat pulak cucu perempuan, menantu jadi wali. Berkait-kait.

Sbb tu, saya prefer anak2 saya esok, kahwin dgn Chinese atau Indian yg lawa2. Dah tentu pakai wali Hakim.

Kalau bukan kes anak angkat, mungkin kes anak tak sah taraf yg berbintikan bapa biologi. Skrg kan dah boleh bintikan anak kepada bapa biologi walaupun anak tu, dah ada dlm rahim ibunya sebelum bernikah.
Quote syamzana 5-7-2023 01:15 PM
Nurul8001 replied at 5-7-2023 01:01 PM
Nasib baik jumpa surat tu. Kalau tak, mesti berketurunan, anak2 tak sah taraf. Nauzubillah.
Bila per ...

motip nak yg lawa2 saje??
Quote Nurul8001 5-7-2023 01:35 PM
Edited by Nurul8001 at 5-7-2023 01:37 PM
syamzana replied at 5-7-2023 01:15 PM
motip nak yg lawa2 saje??


Hahahaha. Harusla uolls. Kalau lawa, sedap mata memandang. Boleh la dapat cucu2 comel loteyh.
Quote nikaido 5-7-2023 01:44 PM
Kenapa artikel kena mention perempuan tu "penjawat awam gred 41"?
Quote otai_g 5-7-2023 02:31 PM
Abes anak2 perempuan ni apa status? Btl2 Kes Naya ni
Quote EL75 5-7-2023 02:36 PM
nikaido replied at 5-7-2023 01:44 PM
Kenapa artikel kena mention perempuan tu "penjawat awam gred 41"?

hahaha kena bagitau bkn golongan B40..
Quote iolss 5-7-2023 02:41 PM
sian la hai...bende xle nk jangka.
tp nsb la br 3 thn..kira awal lg boleh dibendung..
ni bkn salah kakak n adik tu..tp slh mak ayah x berterusterang.
tp nk salahkan org yg dah tiada pon x guna juga..
nak xnk kn btlkan keadaan skrg secepat mungkin.
klau wali hakim, x silap iols kn cari wali dia dulu.. mcm kawan iols dlu.
kn iklan kan 3 kali dlm paper.. xjmpa br boleh proceed wali hakim.
maaf klau iols tsilap fakta.. tp gitulah mngikut cerita kwn i dlu.
Quote sagiman91 5-7-2023 02:49 PM
ada lagi yang tak tahu apa itu Wali Aqrab dan Wali Ab’ad atau Wali Hakim/Raja...

dik... adik belajar lagi yer dik... abang nak nasihat jer dik...
Quote Cassieopeia 5-7-2023 03:14 PM
kesiannya kalau dia ada anak dh xpsl anak tu jd status lain.. erm ptt bgtau awal2 mak paknya masa sakit tu sblm meninggal xterfikir agaknya

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.064433 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top