CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pegawai PTD Amang Seksual Pelajar Di Bilik Air, Dipenjara Setahun

4-7-2023 09:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1386| Komen: 15

Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) kerana melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di bilik air asrama sebuah sekolah agama.


Mohd Zarul Afifi Mohd Zaki diperintahkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail supaya menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.


Gambar hiasan

Lelaki berusia 36 tahun itu sebelum ini bebas dengan jaminan RM8,000 dan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya selesai.

Dia gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitannya tetapi berjaya mengurangkan hukuman penjara daripada enam tahun dan dua sebatan kepada penjara setahun.
Hakim Hadhariah, yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, berkata terdapat bukti kukuh untuk menyokong keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Zarul atas kesalahan itu.


Hakim itu bagaimanapun berkata mahkamah bersetuju dengan peguam M.M Athimulan yang mewakili Mohd Zarul bahawa hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan adalah keterlaluan kerana tiada sebarang kekerasan atau kecederaan terhadap mangsa.

Pada 28 April 2021, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Mohd Zarul daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh pergelangan tangan dan perut budak lelaki yang sedang mandi di bilik air asrama sekolah berkenaan di Kuantan, Pahang pada 3.10 petang, 23 Mac 2019.

Mahkamah Tinggi, pada 18 Jan 2022, membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan Mohd Zarul serta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan. Mohd Zarul kemudiannya merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Dalam rayuan hari ini, Athimulan memohon mahkamah mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen kerana beliau berkata mahkamah itu (Mahkamah Sesyen) telah membebaskan anak guamnya memandangkan kejadian itu berlaku secara spontan dan bukan dengan niat.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Azmi Mashud, yang dibantu oleh TPR Aida Khairuleen Azli berhujah bahawa keterangan Mohd Zarul bahawa dia tidak menyedari telah memasuki pekarangan sekolah kerana bermain permainan Pokemon Go di telefon bimbitnya, hanyalah penafian semata-mata.

Beliau berkata keterangan Mohd Zarul bahawa dia memasuki bilik air untuk mengambil bajunya dan secara tidak sengaja menyentuh perut mangsa juga adalah penafian semata-mata.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 4-7-2023 09:33 PM
Apa dia buat kat asrama tu?
Quote tumpanglalu74 4-7-2023 09:39 PM
Dah elok jadi PTD udah bongok pulak camni..
Quote belilies 4-7-2023 09:45 PM
Macam mana PTD boleh masuk kawasan sekolah? Masuk asrama lagi tu. Sedangkan ibu bapa pun tak dibenarkan masuk, jangankan orang luar.
Quote kelapaparut 4-7-2023 09:45 PM
dah elok2 dpt keje kjaan pastu pilih utk jadi bodoh.
Quote 3chanceno 4-7-2023 10:05 PM
Kena masuk dalam cuma setahun tanpa sebatan  Mangsa trauma belum tentu pulih dalam setahun
Quote shernazz 4-7-2023 10:08 PM
Hanya kerana Pokemon go
Quote hudalarva 4-7-2023 10:12 PM
iols baca tajuk sajork ingatkan pelajar perempuan yg kena amang... bodohnya statement dia... main pokemon go sampai masuk toilet student... pastu tak sengaja sentuh budak yg tengah mandi????
Quote hareeeesah 4-7-2023 10:34 PM
Xpsl-psl Pokemon go kena petik nama. Mcm saka hantu selalu kena fitnah..
Quote TomyamPuteh 4-7-2023 10:58 PM
Pokemon jgk yg kena pitenah.
Quote BoongaKertas 5-7-2023 07:48 AM
elok2 jd PTD. aneh2 lah manusia zmn skrg.
Quote plywood 5-7-2023 08:34 AM
memang kena pecatlah kan? sayanglah kerjaya tu.. bukan senang nak dapat. ...  ada ketikanya dlm hidup kita melakukan kesilapan besar yang menggadai seluruh kehidupan sendiri.
Quote s@s@ 5-7-2023 08:44 AM
elok la awal2 lagi dah kena buang...
esok2 kalau dah jadi menteri ka, tpm ka, pm ka, susah dah nk amik tindakan
Quote supernaturalee 5-7-2023 08:45 AM
"dia tidak menyedari telah memasuki pekarangan sekolah kerana bermain permainan Pokemon Go di telefon bimbitnya, hanyalah penafian semata-mata.


Beliau berkata keterangan Mohd Zarul bahawa dia memasuki bilik air untuk mengambil bajunya dan secara tidak sengaja menyentuh perut mangsa"


next lvl bodo die
caner la pnh jd ptd
kabel line 10g ke hape


Quote otai_g 5-7-2023 08:51 AM
Kes bodoh apa ni? X berbaloi kena buang keje, kena jail, kena sebat.

X kan ptd punya mindset mcm ni. Ni da kira level paling Hina ni. Kategori pedo gay.
Quote Sazreena 6-7-2023 01:37 PM
PTD yg sebenarnya..Pedo Terbongok Dihukum..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.076408 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top