Lelaki bernama Adam atau lebih mesra disapa Danny menafikan dakwaan menjadikan pernikahannya sebagai content di media sosial apabila majlis yang sepatutnya berlangsung 1 Julai lalu dibatalkan.
Dia yang juga bekas mak nyah tetap dengan pendirian bakal berkahwin selewat-lewatnya pada hujung Julai ini. "Dapat tarikh je, kami mesti nikah!" ujarnya dalam temu bual bersama mStar. Kata Danny, 40, netizen berhak untuk berkata apa sahaja tetapi dia tetap akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya iaitu Nurazearah Fateha yang juga bekas pengkid. Jelasnya, pernikahan itu terpaksa ditangguhkan berikutan belah pengantin wanita ada masalah dengan wali. “Saya kalau jadi netizen pun akan anggap apa yang berlaku ni sebagai content, sebab kami janji nak bernikah tapi tak dapat tarikh yang kami nak. “Ia ditangguhkan tapi netizen berhak kata apa sahaja termasuklah menganggap ia content walaupun sebenarnya tidak.
“Kami memang cinta yang sejati dan kami memang akan bernikah,” katanya kepada mStar. Untuk rekod Danny sepatutnya berkahwin dengan Fateha pada 1 Julai lalu namun ditangguhkan kerana urusan dokumentasi yang tidak lengkap. Sumber: mStar |
kelapaparut replied at 4-7-2023 09:52 PM
dia kalu gi gym sket, bela misai jambang semua dan bpakaian lelaki normal nmpk elok jugak.
supernaturalee replied at 5-7-2023 10:33 AM
@dudaberhias
bakal menonggeng kehausan smpi ke subuh kah?
hudalarva replied at 4-7-2023 10:06 PM
bukti nyah2 pun masih bernafsu bila tengok pompuan... maknyah pondan bapok kelempok jangan nak meman ...
ADVERTISEMENT