Eyra Hazali berkongsi telatah anak sulungnya Hayder Qalish mencuri perhatian ramai. Menerusi Twitter, Eyra berkongsi momen lucu yang terjadi ketika dia dan anaknya itu sedang berdoa selepas mereka bersama-sama mendirikan solat.
Kongsi Eyra, ketika menadah tangan, Hayder pada mulanya mengikut setiap doa yang dipintanya kepada Tuhan. Namun, secara tiba-tiba anak kecil berusia tiga tahun itu menyelitkan lagu kelab peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam doanya. Telatah Hayder telah berjaya mencuit hati ramai netizen. Ada yang berseloroh mengatakan Hayder telah ‘terpengaruh’ dengan bapanya Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol pasukan JDT. |
ADVERTISEMENT