Datuk Seri Aliff Syukri sempat berkongsi rezeki dengan memberikan makanan buat jemaah haji di Makkah. Janji saya tepati waktu live… khas kepada pelanggan yang support produk saya dekat TikTok saya infaqkan sebahgian jualan tersebut untuk membeli barangan orang miskin di sini .. tqq smua beli lagi yaa nanti," tulisnya sebagai kapsyen di video TikTok.
Aliff Syukri menyatakan bahawa pemberian makanan tersebut bertujuan untuk menginfaqkan sebahagian daripada hasil perniagaannya. Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila melihat anak sulungnya, Ammar Ahyan yang diberikan tugas untuk memberikan makanan kelihatan ketakutan kerana jemaah haji yang ada dilihat berebut-rebut. Ammar sempat meminta pertolongan dari ayahnya tetapi ayahnya tidak memberikan sebarang pertolongan.
Telatah dua beranak itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dan ada juga yang bersimpati melihat Ammar yang memerlukan pertolongan tetapi tidak diendahkan oleh ayahnya sendiri. “Bapak kalut nak rakam Kesian anak terkapai-kapai “Ayahnya riuh. Nasib baik Ammar tak kena penyek “Kesian. Anak minta tolong bapak buat tak kisah,” tulis netizen di ruangan komen. -CARI Sumber: XTRA
|
KucingBiru replied at 4-7-2023 07:27 PM
Orang yang biasa berinfaq kat sana tau, geng geng ni memang berebut mcm orang tak pernah nampak maka ...
Suchi replied at 4-7-2023 07:28 PM
Dia mmg panggil anak sulong dia ni ngn nama penuh eh? Dh lama perasan la
slyfynx replied at 4-7-2023 07:26 PM
And yet, ramai lgi yang memuja die ni beribadah la, byk sedekah la
KucingBiru replied at 4-7-2023 07:27 PM
Orang yang biasa berinfaq kat sana tau, geng geng ni memang berebut mcm orang tak pernah nampak maka ...
Dolmat replied at 4-7-2023 10:02 PM
Gi menunaikan Haji mampu.. sedekah makanan berebutt2 berentap2..
ADVERTISEMENT