Pelakon yang sedang membina karier, Amy Nur Tinie mendedahkan pernah menjadi mangsa 'face shaming' oleh netizen. Walaupun menyandang gelaran Ratu Cantik Eco Antarabangsa 2019, namun wanita itu tidak terlepas daripada kritikan netizen hanya kerana memiliki bentuk wajah empat segi.
"Ada orang kata wajah saya tak layak jadi heroin kerana bentuk muka petak. Ada juga yang menggelar saya dengan nama watak animasi Adudu dan SpongeBob, " katanya. Walaupun menerima komen negatif mengenai bentuk wajahnya, Amy bagaimanapun menolak untuk melakukan pembedahan plastik untuk merubah bentuk mukanya. "Memang sekarang ada pelbagai jenis cara dan teknologi untuk mengubah bentuk muka. Tetapi saya tak perlukan semua itu. "Saya menang pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa kerana wajah ini. Jadi kenapa saya harus mengubahnya?," ujarnya.
|
ADVERTISEMENT