CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Melayu Bakal Hilang Negara Dan Bangsa -Tun Mahathir

4-7-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2471| Komen: 64

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan identiti Melayu tidak mampu kekal sebagai sebuah bangsa dan bakal kehilangan negara.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia berikutan pendatang asing menuntut Malaysia yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara berbilang bangsa.


Katanya, percubaan tersebut diperkenal kali pertama oleh Malayan Union British dan parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew, namun telah ditolak.

Foto: Kosmo

“Sekarang DAP yang disokong Parti Keadilan Rakyat dan Amanah sekali lagi memperkenal matlamat yang sama iaitu Malaysia bukan negara yang asalnya tanah Melayu tetapi adalah negara berbilang bangsa.

“Dalam negara berbilang kaum tidak ada taraf yang berlainan antara orang Melayu sebagai pemastautin asal dengan pendatang asing dan keturunan mereka. Dengan ini semua kaum mempunyai taraf sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dr. Mahathir berkata, bagi pendatang yang ingin mengekalkan identiti mereka dengan negara asal, layanan terhadap mereka tentulah berbeza dengan penduduk asal.

Katanya, Perlembagaan Malaysia menyetujui bahawa agama rasmi Malaysia ialah agama Islam manakaka agama-agama lain boleh dianuti pengikut agama asal mereka.

“Tetapi desakan dibuat supaya Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara Islam. Malaysia hendaklah dijadikan negara sekular iaitu negara yang tidak ada agama rasmi.

“Semua ini akan berlaku semasa tanah orang Melayu terjual kepada kaum lain. Rata-rata orang Melayu miskin. Mereka menjual tanah milik mereka kepada orang yang kaya yang hampir semua terdiri dari keturunan kaum pendatang,” ujarnya.

Tambahnya, usaha mengetengahkan Proklamasi Orang Melayu bukanlah berhajat untuk merampas hak dan milik orang lain.

“Ia bertujuan untuk mengiktiraf Semenanjung ini sebagai Tanah Melayu, menerima pendatang dan keturunan mereka yang diserap menjadi bangsa Melayu.

“Kata Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia. Tetapi aliran sekarang menunjuk Melayu tidak akan kekal sebagai satu bangsa. Melayu akan hilang negara mereka dan akan hilang di dunia,” jelasnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 4-7-2023 08:24 PM
Lawak tun pasal melayu memang tak mengecewakan..terpaling prihatin...kununnnyaaaaa..panamaaa...
Quote B40tastePosh 4-7-2023 08:26 PM
Mahathir akan hilang dari muka bumi itu pasti.
Quote TOPwind 4-7-2023 08:29 PM
now kuasa dah ilang pun

yg ada buah je tu pun dah ilang
Quote Skuau 4-7-2023 08:35 PM
kalo ikut warga asing yg TAK NAK/MAHU balik negara asal dia....dan 'cuba' bernikah kawen dgn warga tempatan atau cuba 'minta' taraf warganegara....cam.........ada jugok betulnya...
Quote blue_blur 4-7-2023 08:37 PM
kenapa dia cakap macam sultan2 tu semua angguk2 yes yes sekadar berkaitan agama je?

siapa akan datang serang malaysia kalau perlembagaan tu bukan lagi satu keperluan?

melayu takkan hilang di dunia pun dia dah sempitkan perspektif, sebab tak berani nak expose hal sebenar demi political survival kan?
Quote dewimalam78 4-7-2023 08:43 PM
I percaya je apa tun cakap ni. Kalau tak mana hilangnya berjuta warga China masuk tak keluar dr msia. Dh byk kes warga China dpt IC.
Quote noor2 4-7-2023 08:46 PM
Dah ko jugak yg bawak masuk pendatang....
Quote mojarean_X 4-7-2023 08:48 PM
dewimalam78 replied at 4-7-2023 08:43 PM
I percaya je apa tun cakap ni. Kalau tak mana hilangnya berjuta warga China masuk tak keluar dr msia ...

Saya pun percaya
Quote shalalat 4-7-2023 09:01 PM
Dia ni mmg timbul time nak pilihanraya je ke? Rehat lah tun!
Quote kakikuDibibirmu 4-7-2023 09:18 PM
Manakala Kerala pula sudah hilang deposit
Quote AbukRokok 4-7-2023 11:15 PM
Tora datang lagi
Quote nolya 4-7-2023 11:16 PM
dewimalam78 replied at 4-7-2023 08:43 PM
I percaya je apa tun cakap ni. Kalau tak mana hilangnya berjuta warga China masuk tak keluar dr msia ...

Adakah berjuta WNC yg masuk tak keluar2 dari M'sia berlaku sejak 7 bulan terakhir ni atau telah berlaku sejak puluh2 tahun dulu.
Quote Zazama 4-7-2023 11:27 PM
Kerakyatan boleh diberi kpd warga luar. Ingat ini saja2 ke? Adalah tu agenda terselit. Mereka2 pun semakin naik junjung, semakin lebih kuah dari sudu, bg betis nk peha dan tidak lagi melukut ditepi gantang.
Quote ultra78 4-7-2023 11:28 PM
Iyelah. Hanya di bawah kepimpinan dia aje Malaysia akan selamat,kan?
Quote felinecat 4-7-2023 11:35 PM
Zazama replied at 4-7-2023 11:27 PM
Kerakyatan boleh diberi kpd warga luar. Ingat ini saja2 ke? Adalah tu agenda terselit. Mereka2 pun s ...

Betul. Tgok kt fb makin melampau. Terpaling semua
Quote minahsenget 4-7-2023 11:45 PM
kali ni akak percaya
Quote BumpIQ 4-7-2023 11:49 PM
Kakau tak nak hilang dengan syarat kena undi dia lagi wakakaka
Quote OshinDaSolja 4-7-2023 11:57 PM
elok juga Tun rajin berpesan pesan dengan kebenaran.. kita ni lalai... tak pernah insaf dari sejarah, dari zaman portugis smpai zaman madani melayu masih dijajah... watak penjajah saja lain...kita nk lari mana, semenanjung ni bukan besar pun,,klau tanah rizab melayu habis dikebas warga pendatang...nk lari Sabah Sarawak? sorry orang semenanjung tak boleh simply beli tanah di sana...we are not invited
Quote MissYouSayang 5-7-2023 12:13 AM
Tun M lagi melayu dari orang melayu sendiri itu pasti . Tun mana pernah tembirang mcm paknon sewel .Segala bait2 kata beliau mengandungi isi2 tersirat tp ramai yg perli dia sebab diri sendiri bngang x fhm apa negarawan itu berpesan. Tu la bila suruh budak2 darjah 1 ke 2 jawab soalan isi tersirat, ramai mak bapak memekak ckp payah la ape lanco.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.196967 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top