CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusuf Bahrin Angkut Sekali Isteri Pergi Kerja Di Turkiye, Zizi Kirana Rasa Selamat Bawah Ketiak Suami

4-7-2023 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1539| Komen: 7

Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana berbulan madu ke Turkiye baru-baru ini.

Kata Yusuf, dia ke sana dasar bekerja namun mengambil kesempatan tersebut untuk membawa isterinya sekali.

Foto: IG

“Saya ke Istanbul untuk bekerja sambil berjalan. Saya bawa isteri saya se;Oebab di sana banyak tempat cantik jadi rugi kalau tak bawa pasangan. Mana boleh tinggal.

“Bukan tak boleh berjauhan cuma saya rasa boleh bawa pasangan sekali jadi saya tanya pihak produksi dahulu dan mereka benarkan, saya bawalah,” katanya kepada XTRA.


Malah, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, turut berkongsi dia berasa selamat apabila sentiasa berada di sisi suaminya itu.

“Saya dah beritahu pada pengurus saya jangan ambil sebarang tawaran selama 10 hari

“Saya rasa selamat berada di bawah ketiak suami saya,” ujar Zizi.


Dalam pada itu, Yusuf memaklumkan isu rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan selebriti tidak menganggu kehidupannya dan isteri malah berpegang kepada prinsip kepercayaan.

“Tidak menganggu kami sebagai suami isteri atas isu semasa yang berlaku pada rakan-rakan selebriti.

“Ujian manusia ini berbeza, jadi kita ambil iktibar daripada kisah mereka.


“Kita doakan untuk kebaikan mereka, mungkin esok lusa Allah uji kita pula, kita tak tahu tapi minta diajuhkan perkara tidak baik.

“Saya minta isteri saya memberi kepercayaan sebab rumah tangga ini berdiri atas sebab kepercayaan dan iman. Insya-Allah akan dilindungi rumah tangga kita,” ujarnya menerusi program hiburan popular TV3, Melodi.


Yusuf turut mengakui isterinya itu sangat memahami dan bersikap profesional apabila melihat lakonannya bersama pasangan dalam sesebuah karya.

“Sebagai pelakon, kita kena fokus. Bila isteri saya tengok lakonan saya bersama rakan gandingan, saya harap dia faham dengan karier saya.

“Alhamdulillah dia juga faham dan profesional.:

Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri pada 19 September 2021 dalam sebuah majlis tertutup. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 4-7-2023 07:09 PM
baiklahhhhhhhh
Quote LadyCarefree 4-7-2023 07:20 PM
hanimun pon hadap benda gini. LOLLLL
Quote dudaberhias 4-7-2023 07:55 PM
terpaling nak berkepit dengan laki dan insecure laki curang...

padahal rhoper laki macam mix2 beruk salji jah... yihh...

Quote rosedemon 5-7-2023 09:33 AM
alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii terpaling btol
Quote koko12 27-7-2023 12:17 AM
bestnye jalan Turkiye gais ! yang nak buat side income tapi tak tahu nak mula dari mana boleh layari AMarkets. Firma pembrokeran yang mantap dengan reputasi kukuh dalam industri
Quote kakikuDibibirmu 27-7-2023 12:20 AM
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya! Pepatah Jawa ada mengatakan crab wants to teach its children how to walk in straight line, edayildiz tersenyum sinis
Quote akuHavocczz 27-7-2023 12:25 AM
Dua dua dah tak relevan dalam industri

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043681 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top