Pelakon remaja yang sedang meningkat naik, Idan Aedan sama sekali tidak kecewa walaupun tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 5 bagi kategori BBNU Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Shahidan Abdullah berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu kegagalan tetapi pembakar semangat untuk bekerja lebih keras bagi melonjakkan popularitinya. "Saya tidak kecewa kerana saya merasakan pesaing saya semuanya hebat, selain sangat berbakat dan sudah dikenali dalam industri seni, Jadi, sejak awal lagi saya tidak meletakkan harapan tinggi. "Saya sudah cukup berbangga kerana sekurang-kurangnya nama saya dicalonkan dalam peringkat awal bersama barisan otai. "Saya bersyukur dengan peluang ini meskipun hanya layak berada dalam kelompok Top 20," katanya kepada BH Online. Bintang filem Anak Rimau The Movie ini juga tidak menafikan jumlah pengikutnya yang sedikit dalam laman sosial membuatkan dirinya gagal membolosi kelompok Top 5, namun tidak menyifatkan ia sebagai kekurangan dan mahu terus menjayakan naskhah berkualiti bagi menarik ramai pengikut.
"Saya banyak menjayakan filem, bukannya drama yang boleh menarik ramai pengikut. Disebabkan itu, saya kurang pengikut di Instagram (IG). "Pengikut agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan pesaing lain. Jadi, memang sukar untuk saya mahu kumpul pengundi. "Ia mungkin salah satu faktor saya gagal bolos ke Top 5, tetapi saya tetap bersyukur nama dicalonkan," katanya.
|
cikgojesss replied at 4-7-2023 06:39 PM
pondan mana pulak nama pun berangan hidup
cikgojesss: pondan mana pulak nama pun ber ...
cikgojesss: pondan mana pulak nama pun ber ...
ADVERTISEMENT