CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Owner Berang Habis Jahanam Barangan Rumah-"Penyewa Dari Neraka, Pengotor, Dia Meniaga Makanan, Hati-Hati Siapa Yang Pernah Beli, Jijik"

4-7-2023 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1769| Komen: 13

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah berang apabila rumah yang disewakannya kepada sebuah keluarga di Puncak Alam dikembalikan dalam keadaan kotor dan mengalami kerosakan teruk.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Thaicave di akaun TikTok miliknya menunjukkan, keadaan rumah yang dipenuhi kotoran serta beberapa perabot seperti kabinet rosak.


“Penyewa dari neraka. Muka elok tapi pengotor ya amat. Dahlah bayar tak pernah ‘on time’.

“Pengotor! Biadap! Dia meniaga makanan tau. Hati-hati siapa yang pernah beli. Jijik. Macam mana dia duduk rumah? Dia kata tikus banyak,” katanya.


Jelasnya, semua perabot yang disediakan di rumahnya itu merupakan perabot yang baharu dibeli.


“Semua peralatan rumah ini baru tau! Lepas setahun jadi macam ini. Setahun dia duduk, langsung tak bersihkan kipas. Habuk kat televisyen, kau rasa?,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mencela perbuatan penyewa terbabit kerana dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

“Aku boleh meninggal dengan habuk dekat kipas dan TV tu. Aku sudahlah alergik habuk. Ya Allah dahsyat. Tak tersumbat ke lubang hidung dia sedut habuk tu hari-hari,” kata Syalatul.

“Saya sendiri rasa serik dah nak bagi sewa rumah. Dah bagi sewa rumah depa (mereka) bagi jahanam segala. Nak dapat penyewa yang baik tu memang susah,” ujar Maria Hanez. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-7-2023 05:58 PM
Eh boleh tak name and shame aje lain kali. Koser la ajak gosip tanpa arah tujuan sebegini.
Quote Kitty_catz 4-7-2023 07:06 PM
ang kasik sewa... ang tak penah buat spot chek kaaaa?

ayoyoyoooooooooooooooo
Quote batmana 4-7-2023 07:28 PM
Owner tak beri gambar sebelum dan selepas..so owner sbnrnya menipu la ni..saja nak viral content..korg tk tau lagi ka content viral boleh jana income dari ads .
Quote ezacbee 4-7-2023 07:38 PM
Nak tengok gak kipas berabuk.. tebal ke idok..

Quote krustykrab 4-7-2023 09:01 PM
batmana replied at 4-7-2023 07:28 PM
Owner tak beri gambar sebelum dan selepas..so owner sbnrnya menipu la ni..saja nak viral content..ko ...

Kna pi tgk kt tiktok..ada dia tunjuk sblm dan slps.
Sblm tu mmg cantik kabinet, dapur langsir seluruh rumah la..
Penyewa tertunggak sewa bbrp bulan, dia suruh keluar. Bila dh keluar dgn tunggakan pun tk byr, baru tau rmh jd mcm tu
Quote krustykrab 4-7-2023 09:02 PM
Kitty_catz replied at 4-7-2023 07:06 PM
ang kasik sewa... ang tak penah buat spot chek kaaaa?

ayoyoyoooooooooooooooo

Boleh ke masuk dlm rumah if penyewa ada? Ari tu ada yg gitau tk boleh.
Quote kelapaparut 4-7-2023 09:59 PM
penyewa ni bangsa ape? mengundi parti mana? negeri mane? - yg ni maklumat penting utk mmeriahkan thread sendu niehh
Quote bunnyj3lly 4-7-2023 11:48 PM
krustykrab replied at 4-7-2023 09:02 PM
Boleh ke masuk dlm rumah if penyewa ada? Ari tu ada yg gitau tk boleh.

I rasa tak boleh. Even rumah lelong yg ada tenant menyewa pun tak boleh masuk sampai dia keluar.. itu antara downside beli rumah lelong...
Quote akies 5-7-2023 12:02 AM
2 kriteria penyewa yang iols takkan pilih jika nak menyewa rumah :-
1) penerima zakat
2) peniaga makanan. Habis rosak jahanam rumah nanti

Quote MarryPottet 5-7-2023 01:14 AM
kelapaparut replied at 4-7-2023 09:59 PM
penyewa ni bangsa ape? mengundi parti mana? negeri mane? - yg ni maklumat penting utk mmeriahkan thr ...

Lokasi shah aley kae
Biasa yg nego makaney kat shah aley tu sek you don't know item
Quote rosedemon 5-7-2023 09:18 AM
bodooooo sian ek hahaha
Quote krustykrab 5-7-2023 09:35 AM
akies replied at 5-7-2023 12:02 AM
2 kriteria penyewa yang iols takkan pilih jika nak menyewa rumah :-
1) penerima zakat
2) peniaga mak ...

Lg satu yg suka tampal wall paper kt dinding...
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:59 AM
geram btl dgn org pengotor ni !

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.133872 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top